Rabu, 12 Ogos 2015

FREEMASON & KESESATAN WAHABI

share dari link fb ~ Neil Armsteen

FREEMASON & KESESATAN WAHABI

Sejarah telah membuktikan bahawa semua penganut fahaman Wahabi itu sesat dan kufur aqidah.

Seperti yang diketahui bahawa fahaman Wahabi itu berasal dari ajaran Syeikh Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Jauziyyah. Kedua-dua mereka pengasas kepada fahaman ekstrim ini yang mana menolak sebahagian besar bab-bab fekah dan sunnah, malah yang lebih mengaibkan adalah mereka terang-terangan menghina sahabat nabi.

Namun begitu, kedua-duanya hanya muncul sebagai pendokong fahaman tersebut dan tidak mempunyai ramai anak murid.

Tetapi kekuasaan Wahabi lebih menonjol dengan lahirnya Syeikh Abdul Wahab yang amat tergila-gilakan fahaman ekstrim itu. 
Menurut sejarah, Syeikh Abdul Wahab seorang yang malas belajar dan sukakan kepopularan, beliau berangan-angan ingin menjadi sehebat Imam Hambali, Maliki dan Syafie. Dan beliau amat membencinya juga dan dalam masa yang sama beliau rasakan dirinya mempunyai ilmu setanding dengan mereka.

Dalam kitab yang berjudul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah karangan Mufti Mekah (ms 275), Kitab tersebut menyatakan bapa kepada pengasas ajaran Wahhabi merupakan seorang ulama Islam bermazhab Hambali. 
Dan bapanya marah kepada anaknya yang bernama Muhammad ( Pengasas ajaran Wahhabi ) dek kerana tidak mahu belajar dengan ulama hanya fanatik terhadap kata-kata Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Jauziyyah bulat-bulat serta penyebar keburukan di alam ini. (lihat http://abu-syafiq.blogspot.com/

====================================================

IBNU TAIMIAH TELAH BERTAUBAT

Saudara Abu Syafiq (dari blognya) mendedahkan suatu perkara yang patut dibaca oleh semua pendokong fahaman Wahabi. Pendedahan itu ialah “Ibnu Taimiah yang merupakan pencetus kepada fahaman salah itu telah bertaubat”. 

Syeikhul Islam Imam Al-Hafiz As-Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolany yang hebat dalam ilmu hadith dan merupakan ulama hadith yang siqah dan pakar dalam segala ilmu hadith dan merupakan pengarang kitab syarah kepada Sohih Bukhari berjudul Fathul Bari beliau telah menyatakan kisah taubat Ibnu taimiah ini serta tidak menafikan kesahihannya dan ianya diakui olehnya sendiri dalam kitab beliau berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi ‘ayan Al-Miaah As-Saminah yang disahihkan kewujudan kitabnya oleh ulama-ulama Wahhabi juga termasuk kanak-kanak Wahhabi di Malaysia 


======================================================

Sifat Syeikh Abdul Wahab yang keji ialah beliau sanggup untuk berbaik dan bersepakatan dengan perisik British ke Timur Tengah iaitu Hempher untuk mendapat jawatan ketua agama di Arab Saudi. 

Hempher yang merupakan perisik berbangsa Yahudi itu juga telah membantu Syeikh Abdul Wahab dan Ibnu Saud melepaskan Arab Saudi dari kekuasaan kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah. 

Jatuhnya Turki Uthmaniyah bermakna terbukanya takhta jawatan ketua agama untuk Syeikh Abdul Wahab seperti yang disepakati bersama Ibnu Saud. 

Ibnu Saud pula dianugerahkan jawatan Raja Arab Saudi oleh British Freemason.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan