Rabu, 19 Ogos 2015

Hokkaido Milky Bun

share dari link fb ~ Buku Resepi

Hokkaido Milky Bun
oleh:Noor Abdul Rahim

bahan-bahan : 
3/4 cawan susu segar - disuamkan jangan melebihi 38 darjah celcius
3 sudu besar gula halus
3 sudu kecil yeast segera

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung roti
1 sudu kecil garam
200ml dairy whipping cream (1 kotak kecil)
3 sudu besar susu tepung
4 sudu besar butter - dicairkan
keju cheddar secukupnya - diparut
gula halus secukupnya (untuk taburan diatas)

cara-cara : 
1. Satukan gula & susu suam. Kacau rata hingga hampir larut. Masuk kan yeast. Biarkan berbuih (15 minit).
2. Satukan tepung gandum, tepung roti, susu serbuk & garam, gaul rata.
3. Masuk kan whipping cream, butter cair & yeast yg telah sedia. Gaul rata hingga bersatu. Kemudian uli adunan selama 15 minit untuk mendapatkan texture yg licin & tidak melekat (elastic).
4. Setelah dough sedia, letak kan dough kedalam bekas bersih yg telah disapu dgn minyak. Ditutup bekasnya dgn plastic cling wrap & biarkan dough naik 2 kali ganda (kurang lebih 1 jam).
5. Apabila dough telah sedia, tumbuk sekali supaya keluar angin kemudian diuli sedikit supaya rata.
6. Minyak kan tangan, bulat-bulatkan dough saiz besar sedikit dari bola ping pong. Letak kan kedalam mangkuk papercup. 
7. Taburkan keju cheddar parut & gula halus keatas bebola roti. Rehatkan 30 minit.
8. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau sehingga kecoklatan bergantung pada oven masing-masing.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan