Ahad, 23 Ogos 2015

(RESEPI LENGKAP) = Gulai Ikan Patin Tempoyak

share dari link fb ~ Resepi Orang Kampung added 5 new photos.
(RESEPI LENGKAP) = Gulai Ikan Patin Tempoyak
Resepi : MamaDarwiish
Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin
6 batang cili api
1 Senduk tempoyak
1 Genggam daun kesum
1 Gengam asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit air
Sedikit garam
Sedikit gula
Cara-cara :
1) Ikan patin dipotong kepada beberapa ketul. Cuci bersih dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir dan toskan.
2) Tumbuk cili api sehingga lumat.
3) Gaul bahan-bahan yang ditumbuk bersama-sama tempoyak didalam bekas. Letakkan sikit air untuk dijadikan pes.
4) Panaskan periuk dan satukan semua bahan-bahan tadi dalam periuk. Tambah air jika inginkan kuah yang banyak(Jangan terlalu cair kuah tersebut). Pastikan api dapur dalam keadaan sederhana.
5) Tambahkan kunyit dan garam.
6) Siap untuk di makan bersama-sama nasi putih.
Note :
- Jangan kacau terlalu lama sebab nanti ikan akan hancur.
- Jika mahu tambah aroma, Tumis dahulu bawang kecik & bawang putih sebelum mencampurkan bahan-bahan didalam periuk.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan