Isnin, 24 Ogos 2015

Agar-Agar Laici Bersantan

share dari link fb ~ Buku Resepi

Agar-Agar Laici Bersantan
oleh:Noor Abdul Rahim

bahan-bahan : 
1 paket agar-agar serbuk (10g / 11g)
450ml air
1/3 cawan gula
1 tin buah lychee - ditapis 
300ml air sirap laici (diambil dari 1 tin laici tadi)
200ml santan kotak
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen laici
3 pewarna ikut suka

cara-cara : 
1. Masak gula, air, sirap laici & serbuk agar-agar hingga mendidih.
2. Kecilkan api & masuk kan santan & garam. Gaul hingga mendidih kecil, matikan api.
3. Masuk kan esen laici. Gaul rata. 
4. Bahagikan cecair kepada 3 bahagian. Bubuh pewarna berasingan pada setiap bahagian.
5. Susun buah laici didalam acuan kemudian tuang lapisan pertama. Masuk kan acuan kedalam freezer hingga agar-agar agak mengeras (5 - 7 minit).
6. Setelah sedia, tuang lapisan seterusnya & ulang proses hingga ke lapisan akhir. Lapisan akhir dimasuk kan sahaja kedalam peti sejuk.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan