Khamis, 6 Ogos 2015

AYAM PANGGANG MADU ROSEMARY

share dari link fb ~ Resipi Kek & Biskut Raya

AYAM PANGGANG MADU ROSEMARY


Bahan-bahan:


1 ekor ayam
4 ulas bawang putih
2 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
sedikit lada hitam
sedikit serbuk cili
garam secukup rasa
Madu
Daun Basil kering (optional)
Daun Parsley kering (optional)
2 sudu besar olive oil (guna minyak biasa je)
Lemon (direbus sehingga lembut dan dicucuk dengan garfu)
Ubi biji kentang di potong baji
2 biji tomato
carot dipotong ikut suka
Brokoli
Bawang Kuning dibelah empat

Cara:

1. Ayam dibersihkan. dan diperapkan dgn sedikit garam
2. Tumbuk halia, bawang putih, serta rosemary supaya sebati.. x payah lumat sangat. gaulkan bersama lada hitam dan minyak tambahkan madu3. Lumurkan bahan tumbuk keatas ayam dan dalam perut ayam 
4. Masukkan lemon yg telah di cucuk kedalam perut ayam dan bungkus dengan plastik cling selama 2 jam.. (lgi sedap perap semalamam) - boleh juga taburkan daun basil & parsley untuk aroma yg lebih menyegarkan 
5. Susun ayam dalam tray dan bakar selama 45 min dengan suhu 180-200C
6. rebus seketika ubi kentang, tomato sehingga 3/4 empuk. angkat dan toskan. brocoli di celur
7. Gaulkan lebihan bahan tumbuk dengan sayur2an tadi dan ketepikan sebentar.
8. Apabila ayam sudah 3/4 masak, aturkan kan bahan2 sayuran yg telah dilumur dengan rempah rosemary tadi di dalam tray 
9. Bakar lagi selama 10 minit dengan suhu yang sama.
10. lemon yg di masukkan dalam perut ayam akan mengeluarkan jus semasa proses membakar. Jus tersebut jgn di buang dan siramkan kembali ke atas ayam semasa hendak makan... sungguh menyelerakan..

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan