Isnin, 24 Ogos 2015

RISOLES AYAM~

share dari link fb ~Buku Resepi

RISOLES AYAM~
Oleh:Hidayatul Hafiza

Bahan-bahan inti : 
3 biji ubi kentang, dipotong dadu
1 tin kecil kacang peas
1 btg carrot sederhana di potong dadu
500gm isi ayam di cincang, 
;atau bole guna 4 keping burger ayam
1 biji bawang besar, dicincang halus atau diblender
3 biji bawang putih, dicincang halus atau diblender
3 sudu besar serbuk kari - jadikan pes campurkan dgn air 1 mangkuk 
Garam secukup rasa 
Sedikit minyak masak utk menumis

Cara-cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. 
Masukkan pes kari. Kacau seketika. 
2. Masukkan ayam dan kentang, carrot, dan kacang peas. Masak sehingga air kering dan kentang empuk . Tambahkan dengan sedikit garam. 
3. Jika kentang masih belum lembut, tambahkan lg air dan kacau sehingga air kering. Matikan api dan sejukkan dlm tudung saji.
-------------
Kulit Risoles: 
- dapat 25kpg guna pan 16cm 

2 cwn tepung gandum 
3 cwn air boleh gantikan dengan santan @ susu cair 
secubit garam 
sebiji telur 
minyak utk mengoreng

Untuk salutan: 
2 biji telur 
breadcrumb secukupnya 

caranya :
masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat. panaskan nonstik pan masukkan 1 senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan. Ambil sehelai kulit, masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb .Panaskan minyak goreng keemasan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan