Selasa, 25 Ogos 2015

Resepi Mexican Bun @ Roti Boy

 share dari link fb ~ Aneka Resepi Masakan added 10 new photos.
Assalamualaikum
Ni sy share resepi mexican bun atau ala2 roti boy. Lembut didalam..rangup di luar.
Masa bakar bau wangi kopi 1 rumah..mmg tak sabar nak makan
1 adunan dpt lebih kurang 17 biji..byk tak pe masak lebih boleh bg jiran kan..nak beli sebiji dh rm 2 keatas..klu anak ramai jenuh jugak nk beli tu..lebih baik buat..anak2 rasa air tangan ibu..bertambah erat kasih syg anak dan suami makan masakan kita.
Jom cuba!
Resepi Mexican Bun @ Roti Boy
Bahan Doh:
500g tepung roti (high protein)
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional)
1 sudu teh garam
3 sudu teh yis. Sy guna mauripan
75g gula castor
1 biji telur..pukul sedikit
250ml susu segar
60g butter
Cara²:
1. Satukan tepung,gula dan garam dlm mgkuk dan gaul rata
2. Masukkan yis, bread improver, bread softener dan gaul rata
3.masukkan telur & susu segar. Uli hingga jd doh
4.masukkan butter dan uli smpai dok tak lekat di tangan,kenyal dan licin dalam 20 minit atau hingga elastik. 
TIPS jika uli gunakan tangan. Lepas dh jd doh,masukkan doh td dlm plastik dan ramas2 doh td selama 10 -15 minit. Kemudian masukkan dlm bekas td dan uli semula. InsyaAllah doh akan elastik dan lembut.
5. Rehatkan doh selama 45 -60 minit dan biarkan kembang
6. Bulat2kan doh dgn berat timbangan 55g
7. Ambil sebiji doh, leperkan dan masukkan initi di tengah2 dan balut kemas. Susun dlm dulang pmbakar dan jarakkan 1 1/2 inci. Buat hingga habis.
8. Tutup guna kain bersih dan rehatkan dok selama 10 minit hgga doh kembang..tutup dgn kain lembab atau wrapkan dgn plastik
9.panaskan oven 15 minit sblm bakar pd suhu 170c
10. Paipkan topping atas doh td. Bakar pd rak tengah dgn suhu 170c selama 15-20 minit hingga roti bewarna keperangan.
Bahan filling:
200g butter
1/2 sudu teh esen vanilla
70g gula perang
Cara²:
1. Pukul butter dgn mixer pd klajuan sederhana selama 3 minit
2. Masukkn esen vanila dan gula perang. Pukul hingga sebati
3. Simpan dlm peti sejuk sehingga sedia utk digunakan
Bahan topping:
100g butter
80g gula icing
2 biji telur
1 sudu besar nescafe + 1/2 sudu besar air panas (sy guna kopi segera ali cafe je sbb nescafe xde)
Nk guna coffe emulco pon boleh..
100g tepung gandum
Cara²:
1. Pukul butter dgn mixer pd kelajuan sederhana slama 5 minit
2. Masukkan telur, gula icing, dan perasa coffee
3. Masukkan tepung dan putar hingga sebati
4. Simpan dlm peti sejuk shingga sedia digunakan.
Selamat mencuba!
By : Nurul Afifah Abdullah
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan