Selasa, 25 Ogos 2015

Tahukah Anda Teh Basi Berkhasiat Untuk Tubuh Badan Kita

 share dari link blog ~ http://diarikurus.com/tahukah-anda-teh-basi-berkhasiat-untuk-tubuh-badan-kita/

Teh merupakan salah satu jenis minuman kegemaran kebanyakan rakyat malaysia. Semua orang pasti pernah meminumnya dan suka sebab teh tidak memiliki kandungan berbahaya didalamnya. Tapi perlu diingat agar tidak meminumnya berlebihan supaya tidak mengalami masalah pada pencernaan. Kini ,the mudah didapati dalam pelbagai jenis dan variasi mulai dari jenis teh hijau, teh hitam, bahkan teh instan atau yang sering kita sebut teh celup. Pembuatan minuman teh cukup mudah iaitu dengan meletakkan sesudu daun teh dengan air panas dan tunggu hingga daun teh merubah warna air menjadi coklat.
25.2
Manfaat Teh Basi Untuk Kecantikan
Seringkali kita membuang teh yang sudah semalaman di keesokan hari kerana merasakan teh tersebut sudah basi. Tetapi perlu diketahui bahawa teh sangat bermanfaat bagi kesehatan tubuh tidak hanya dalam keadaan yang baik (baru saja dibancuh) akan tetapi sangat bermanfaat ketika sudah basi. Banyak manfaat yang boleh didapat dari teh basi. Jadi mulai sekarang jangan membuang teh basi kerana amat merugikan dan membazir jika kita tidak memanfaatkannya. Untuk lebih mengetahui manfaat teh basi, berikut penjelasan manfaat teh basi untuk kecantikan.

1. Manfaat untuk kulit

25.4
Teh basi dapat menurangkan kedut di wajah dan membuat kulit sihat berseri. Caranya cukup mudah dengan mencuci muka dengan teh basi yang sudah dibiarkan selama semalaman. Cuci muka menggunakan daun teh (hampasnya) di pagi hari dan lakukan rutin ini setiap hari. Selain itu, terdapat manfaat lain dari mencuci muka menggunakan teh basi iaitu menghilangkan sel kulit mati, menghilangkan jerawat, menghilangkan flek hitam dan komedo, serta membersihkan kulit.

2. Manfaat untuk mata
25.6
Bagi anda yang suka menghabiskan waktu yang lama didepan komputer, pasti mata akan jadi terasa penat dan mudah kehilangan fokus. Masalah ini boleh diatasi dengan mencuci mata mengunakan teh basi. Caranya celupkan muka anda ke dalam bekas berisi teh basi lalu perlahan-lahan buka mata anda ketika muka masih tercelup. Ini kerana teh tersebut dapat menyihatkan mata anda agar dapat terang kembali. Cara lainnya adalah menekan mata menggunakan hampas teh basi selama 20 minit. Dijamin mata anda akan terasa lebih segar dan dingin.
3. Manfaat untuk rambut
25.7
Teh basi juga memberi kesan untuk kesihatan rambut. Rambut yang kusam dan mudah rontok boleh diatasi dengan cara meramas menggunakan air teh basi. Tuangkan air teh basi ke rambut dan ramaslah seperti menggunakan shampu. Tetapi perlu dipastikan agar jangan menggunakan teh yang tercampur gula, kerana akan menyebabkan rambut anda melekit. Sesudah itu, bilas rambut dengan air bersih. Lakukannya setiap hari, pasti rambut anda akan sihat, berkilau, kuat dan bebas dari kerontokan.
Teh memang banyak manfaatnya dan boleh digunakan dari keadaan mentah hingga basi bagi kesihatan tubuh dan kecantikan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan