Ahad, 23 Ogos 2015

SUSAH CARI ALLAH, SENANG SIKIT LUPA ALLAH...

share dari link fb ~ Rohana Saad

SUSAH CARI ALLAH, SENANG SIKIT LUPA ALLAH...

Manusia ialah bangsa makhluk yang mudah lupa. Bukan lemah ingatan, tetapi pelupa. Manusia mudah lupakan asal usulnya. Mudah lupakan dirinya. Ah, sesiapa saja, pasti sifatnya begitu. Lupa, pelupa, dan terlupa. Kerana tahu benar bahawa kita akan lupakan Allah, Allah bahkan menukilkan satu firmannya:"Alastu birabbikum?" Kita mengiyakan. Iya! Kamu Tuhan kami dan kami bersaksi.

Mudah sikit saja, kita lupa Allah. Senang sikit saja, kita lupa Allah. Allah sebut dalam al-Quran bahawa ada dalam kalangan manusia yang akan bersikap begini. Sentiasa bersikap begini. Susah, cari Allah. Senang, ah ini semuanya hasil usaha aku sendiri! Seakan-akan menyembah Allah cuma di dalam musim-musim tertentu. Jelas ini menyalahi sifat Hayyat Allah. Allah sentiasa ada. Tiada atau adanya makhluk, Allah tetap ada.

Kita sembah Allah atau tidak, Allah tetap mulia. Kita solat atau tidak, Allah tetap paling berkuasa. Kita tahajjud atau tidak, Allah tetap paling hebat. Kalau ni bukan hebat sangat. Kita makhluk. Sedarlah, dalam kesusahan kita, kita perlukan Allah. Dalam kemudahan dan kesenangan kita pun, kita tetap perlukan Allah juga.

Jangan ingat kita cuma perlukan Allah bila kita susah. Bila kita senang pun, kita perlu bimbingan daripada Allah juga. Bukankah yang beri senang itu Allah? Dan bukankah Allah dengan kebijaksanaan-Nya boleh-boleh saja nak susahkan kita... nak tarik balik kesenangan itu. Sekelip mata sahaja.

Teman-teman ini pesanku..dampinglah dengan Allah masa kita senang, Mudah-mudahan bila kita susah, bila semua makhluk Allah tak boleh tolong kita, tinggalkan kita, Allah tak akan jauh dan tak akan tinggalkan kita. Ingatlah Allah masa kita senang.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan