Ahad, 23 Ogos 2015

INFO RASA: PERIHAL BUAH GAJUS

share dari link fb ~ Rasa

INFO RASA: PERIHAL BUAH GAJUS

ASAL USUL: 
Pokok gajus berasal dari Brazil dan ditanam di sekitar negara tropika, terutama India. Tingginya mencapai kira-kira 10 hingga 12 meter. Pokok gajus dibiakkan melalui cara penyemaian biji benih. Kawasan penanaman pokok gajus yang sesuai ialah kawasan tanah berpasir dan iklim panas. 

KHASIAT GAJUS:

1. SUMBER ANTIOKSIDAN
Gajus kaya dengan antioksidan. Ia dikatakan membantu menyingkirkan radikal bebas yang menyebabkan kanser, mengurangkan risiko kencing manis dan batu karang.

2. MEMBERIKAN TENAGA
Memakan gajus dapat memberikan anda tenaga. Ia juga membantu urat darah, tulang dan sendi menjadi lebih flexsibel. 

3. SUMBER ZINK
Zink bermanfaat untuk menentang penyakit. Kandungan zink yang terkandung dalam gajus menjadikan buah ini sebagai antibakteria antifungal yang berkuasa. Pengambilan gajus sebagai diet harian dapat memperbaiki kekebalan diri seseorang terhadap jangkitan mikrobial.

4. MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN MULUT
Kandungan kimia yang terkandung dalam buah gajus dapat membunuh bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi.

5. BAIK UNTUK JANTUNG
Gajus dapat mengelakkan anda dari mendapat sakit jantung. Ini kerana gaajus mempunyai lemak sihat yang dapat mengurangkan paras triglyceride yang tinggi sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. KAYA VITAMIN
Gajus kaya dengan vitamin penting seperti vitamin B5, B6 dan B1.

7. AWET MUDA
Pucuk gajus merupakan ulam yang sangat berkhasiat dan mampu mengekalkan keremajaan dan awet muda. Enak dimakan mentah juga dijadikan sebagai ramuan kerabu.

Klik pada link untuk mendapatkan resipi menggunakan kacang gajus.
sumber gambar: google.com
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan