Khamis, 6 Ogos 2015

PIZA

share dari link fb ~Kerja Dari Rumah

PIZA
====

Bahan A:

120gm tepung gandum
125ml air
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula

Bahan B:

1 labu bawang Holland } dipotong dadu
2 ulas bawang putih } dipotong dadu
2 biji tomato } dicincang halus
3 sudu makan tomato puri
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan minyak masak

Bahan C:

200gm isi ayam
6 biji cendawan butang } dipotong
1 biji tomato } dipotong bulat
Keju mozarela secukupnya


Cara memasak:

1. Untuk bahan A, masukkan bahan-bahan ke dalam mesin pembuat roti dan gaulkan sehingga menjadi doh.
2. Kemudian masukkan doh ke dalam bekas besar yang disapu minyak dan tutupkan dengan plastik.
3. Letakkan mangkuk berisi doh ke dalam tempat panas selama 60 minit supaya doh 'naik' sekali ganda.
4. Canai doh menjadi bulat setebal 1sm dan letakkan ke atas acuan piza yang disapu minyak dan biarkan selama 10 minit sehingga doh mengembang.
5. Cucuk doh dengan garpu supaya tidak menggelembung ketika dibakar. 
6. Untuk bahan B pula, tumis bahan yang dipotong dadu sehingga naik bau dan masukkan bahan yang lain sehingga ia memekat. Sejukkan.
7. Apabila sos sudah sejuk, sapukan pada doh dan taburkan keju mozarela bersama bahan C yang lain.
8. Bakar piza pada suhu 200°C selama 18 minit bergantung kepada suhu ketuhar anda. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan