Rabu, 5 Ogos 2015

(RESEPI LENGKAP) = Chicken Chop & Mushroom Sauce

 share dari link fb ~ Warisan Network

(RESEPI LENGKAP) = Chicken Chop & Mushroom Sauce

Bahan-bahan : (Ayam)
1 peha/ Dada ayam
100g tepung gandum
100g serbuk roti
1 biji telur
1 cubit garam
1 cubit lada sulah

Bahan-bahan : (Mushroom Sauce)
1 sudu demi glaze (segera)
1 cawan air
5 biji cendawan butang
1 ulas bawang putih
1 sudu minyak masak

Bahan-bahan : (Sampingan)
Kentang goreng
Salad
Brocoli
Sayur campur
Timun
Tomato

Cara-cara :
1) Ambil peha ayam dan lakukan proses membuang tulang. Jika gunakan bahagian dada ayam, boleh periksa jikalau terdapat serpihan tulang yang masih tertinggal.

2) Perapkan ayam dengan garam dan lada sulah. Kemudian lakukan standard breading procedure iaitu mulakan dengan salut ayam dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali dengan sebuk roti. Sedia untuk digoreng sehingga masak (atau kekuningan).

3) Campurkan demi glaze dengan sedikit air, kacau sehingga sebati. Didihkan air selebihnya dan masak sehingga pekat. (sekirnya terlalu pekat boleh tambah air)

4) Tumis bawang putih (cincang halus) sehingga naik wangi.
Masukkan cendawan butang yang telah dipotong nipis.
Apabila sudah garing, masukkan demi glaze tadi dan masak sehingga mendidih.

5) Goreng kentang dan toskan. Hiasankan dipinggan bersama-sama bahan hiasan dan sedia untuk dimakan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan