Ahad, 23 Ogos 2015

(RESEPI LENGKAP) = Sup Ekor Power





 

share dari link fb ~ Aneka Resepi 

like emotico
(RESEPI LENGKAP) = Sup Ekor Power
Bahan-bahan :
1/2 kilo ekor lembu
1 sup bunjut
2 kayu manis
3 bunga lawang
3 buah pelaga
3 bunga bunga cengkih
6 ulas bawang merah -mayang
3-4 ulas bawang putih -mayang
2 inci halia -mayang
1 biji tomato
1 batang seleri
1 pokok daun ketumbar – potong sepanjang 3 cm
daun wang dan daun sup secukupnya
2 biji limau nipis
air secukupnya
garam dan lada hitam secukup rasa
Cara-cara :
1) Rebus ekor lembu sampai mendidih, buang air dia lepas rebus dengan air baru sampai empuk. Sampai daging ngan tulang nampak dah renggang
2) Bila dah empuk masukkan sup bunjut, rasakan garam dan lada hitam dan rebus lagi untuk 30 minit. Sambil-sambil tu tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau, angkat dan masukkan dalam rebusan tulang
dengan minyak yang sama, goreng bawang dan halia sampai layu dan masukkan dalam sup.
3) Masukkan daun ketumbar dan tomato yang dibelah empat,rebus untuk 10 minit. Akhir sekali masukkan seleri yang di potong serong dan tutup api
4) Untuk hidangan, tabur daun sup , daun bawang dan bawang goreng. Nak tabur hirisan cili padi pun boleh. Jangan lupa perah asam limau tau
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan