share dari link fb ~ 1001 Idea Masakan & Makanan
10 langkah mudah membuat kek karemel.
1.masak 2 sudu gula menggunakan api sederhana hingga hangus.ratakan dlm loyang dan biar sejuk.
2.campurkan 1/2 tin susu cair, 70gm gula castor, 1 sudu kecil esen vanila dan 3 biji kuning telur.kacau sebati.
3.tuang adunan susu cair tadi kedalam loyang gula hangus yg telah sejuk.ketepikan.
4.dalam bekas lain.campurkan 140g tepung+1 sudu kecil baking powder(diayak) , 135ml air, 45ml minyak jagung, 3 biji kuning telur, 70gm gula castor.pukul adunan ini menggunakan mixer hingga gebu.
5.dalam bekas lain, campurkan 6biji putih telur, 1sudu cream og tar tar dan 70gm gula castor.
6.pukul adunan ini menggunakan mixer hingga ringan dan menjadi meringue.(bertanduk bila dicedok dan mangkuk berisi adunan diterbalikkan, tetapi adunan x tumpah)
7.campurkan adunan ke-4 kedalam adunan meringue tadi.kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.
8.bahagikan adunan dan warnakan mengikut kegemaran.
9.tuangkan adunan berselang seli kedalam mangkuk berisi karemel.sehingga adunan habis.bakar menggunakan teknik double baked(water bake)-sila google utk keterangan lanjut.bakar 160 darjah celcous selama 1jam menggunakan api bawah sahaja.
10.keluarkan kek dari loyang setelah sejuk.
**kek ini sedap dimakan sejuk.
selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan