Jumaat, 24 Januari 2014

Antara tips bercinta dengan ALLAH SWT :

share dari link fb ~Mujahadah Cinta

Antara tips bercinta dengan ALLAH SWT :

♥~ Sentiasa mengutamakan urusan ALLAH SWT dalam setiap perkara contohnya mendirikan solat di awal waktu.
♥~ Sentiasa memikirkan dan mengingati ALLAH SWT di mana-mana sahaja.
♥~ Husnudzon dengan ALLAH SWT.
♥~ Sentiasa mengharapkan perkara-perkara yang baik dari ALLAH SWT.
♥~ Berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
♥~ Berusaha untuk memahami dan menghayati ayat-ayat suci al-quran.
♥~ Berbuat kebaikan dalam setiap kesempatan yang ada.♥~ Jangan sangka cinta ALLAH SWT tidak boleh dicapai, sentiasalah husnudzon kepada-Nya.
♥~ Hindari perbuatan jahat dan akhlak yang buruk.
♥~Fahami hakikat bahawa segala jenis cinta bersifat fana (akan binasa), tetapi cinta kepada ALLAH SWT bersifat baqa (kekal selama-lamanya).

Bersabda Rasulullah SAW : "Jika ALLAH SWT telah mencintai hambaNYA, dipanggillah Jibril lalu berfirman kepadanya : "Sesungguhnya AKU mencintai si fulan, cintailah dia. Maka dicintailah orang itu oleh Jibril seraya berseru di langit : "Sesungguhnya ALLAH SWT mencintai si fulan, cintailah kamu kepadanya." Lalu ia dicintai oleh seluruh penghuni langit dan dikurnai simpati di bumi. Dan jika ALLAH SWT membenci hambaNYA, dipanggillah Jibril dan berfirman : "Aku membenci si fulan, bencilah ia. Maka dibencilah dia oleh seluruh penghuni langit dan terhadapnya ditaruh rasa benci di bumi." (Hadis riwayat Muslim)

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan