Jumaat, 10 Januari 2014

~ MONOLOG CINTA ~

share dari link fb ~ Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah S.A.W Pedoman Hidup


~ MONOLOG CINTA ~
Cinta itu fitrah.
Akan ada masanya kau mencintai seorang hamba Allah.
Seseorang yang kau ingin dekati dan ucapkan cinta,
Seseorang yang kau mahu luang masa bersamanya.

Tunggu!!!

Jika kau benar mencintai dia,
tanya dirimu,
apakah cintamu membawamu mendekati Allah?
apakah cintamu membawa dia mendekati Allah?
Apakah cintamu kerana Allah?

Jika cintamu kerana nafsu, jauhkanlah.
Biarkan perasaan itu semusim lalu.
Labuhkan cintamu pada Allah dahulu,
sebelum kau mencintai hambaNya.
Agar setelah itu kau tau, apa ertinya cinta.

Jika kau mencintai dia,
dan kau ingin membawanya ke syurga bersamamu,
jangan sedikitpun mendekati dengan cara yang hina.
carilah jalan yang halal,
dan jadikan dia yang halal bagimu.

Jika cintamu tidak terbalas,
ketahuilah bahawa sudah tertulis di Luh Mahfuz,
jodohmu bukan dia.
Sabarlah dalam penantianmu,
kelak kau kan ketemu dia
yang ditakdirkan untuk hidup bersamamu hingga ke syurga...

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakan aku kepada orang yang mencintaiMu agar bertambah cintaku padaMu, ya Muhaimin, jika aku rindu, rindukanlah aku pada hambaMu yang rindukan syahid dijalanMu, ya Allah, jika hambaMu ini jatuh hati, jatuhkan hati ini kepada orang yang menjaga hubungan denganMu ya Allah, supaya hati ini tidak mati."

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.”
(HR. At Tirmidzi)



blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan