Ahad, 5 Januari 2014

Crunchy Caramel Almond / Caramel Nut's

share dari link fb ~ Buku Resepi

Crunchy Caramel Almond / Caramel Nut's
Oleh:Al Ummu Al Payid

Bahan-bahannya 
200gm tepung bienetta / florenta *boleh didapati di
kedai barang2 kek
200 badam hiris
100gm kuaci hijau/bunga matahari
20 gm bijan putih/hitam

Cara Membuatnya 

1. Campurkan tepung bienetta dengan bijan. *tepung bienetta mahal cikt dri tepung
Florenta,klu nk gne tepung florenta pon boleh juga.suka2 hati (^_^)

2. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit.

3. Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas baking, pastikan yang ianya tidak melekat. 

4. Satukan semua bahan dalam bekas

5. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.

6 Panaskan oven pada suhu 160°Celcius

7. Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis.

8. Bakar selama lebih kurang 10-15 minit atau keperangan bergantung pada oven masing-masing.

9. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan. *selepas biskut dimasak ia hendaklah terus dipotong ketika ia masih panas-panas, kalau lewat dan ia dah sejuk.. alamatnya memang tak boleh potong lagilah.. patah-patahkan ajelah.. jawabnya.boleh dipotong dengan pisau aje.. tapi ada rakan-rakan yang cadang guna pemotong pizza.. ikut lah kesesuaian.. Ukuran memotong tu terpulanglah pada kita nak potong besar atau kecil. 

10. Bila dah sejuk,bolehla dipatah2kan simpan dalam bekas kedap udara. Mudah bukan..

*Kalau nak buat jangan guna kertas minyak biasa tau, kena beli non stick baking..kalau tidak susah sikit nak tanggalkan kukis ni. Non stick baking paper ni untung beli sebab boleh guna 2 atau 3 kali. sye beli kt kedai brg kek,harga dlm rm9 ikut tmpat juga la.

Mudah sebenarnya nak bt kukis ni,mengunyah sampai tak sampai sehari boleh habis seloyang. Tepung ni boleh buat 3 kali adunan.

Selamat mencuba (^_^)

Blog saya yg lain  yg boleh dilawati :  www.sharmine205shahab@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan