Jumaat, 31 Januari 2014

Kek Choc Cheese Meleleh

share dari link fb ~ Buku Resepi

Kek Choc Cheese Meleleh
resepi asal oleh: Mirmoloves Azuera
gambar Oleh: Farieza
Like: Buku Resepi

Bahan2 utk kek coklat:
Bahan A· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun. Sy guna jenama tesco je )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat
Bahan B
· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk dan bahagikan kek kpd dua bahagian.

Bahan2 untuk cheese meleleh :
1. 250g cream cheese
2. 50ml whip cream
3. 120g susu pekat
4. 25ml susu segar

Cara2:
1. Pukul cream cheese, whip cream dan susu pekat sampai sebati. Bahagi kepada 2 bekas.
2. satu bahagian tambahkan 25ml susu segar dan kacau sebati.
3. utk cheese yg ditambah susu segar, sapukan di lapisan tengah kek yg dah dipotong 2 bhgn td.
4. lapiskan lg satu kek. sapu lg satu bhgn cheese yg tak tambah susu segar.
5. Boleh hias ikut kreativiti anda. sy tabur milo
6. Simpan dlm peti sejuk dulu. Makan sejuk2 lg best!
Selamat mencuba!


 Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan