Resepi dari Suriani Osman
Makaroni Bakar
Bahan A
Bawang putih
ayam kisar
kiub ayam
tepung (yang sudah di campur dengan sedikit air ok)
Bahan B
Bawang merah yang sudah di tumbuk
sayur campur
cendawan butang
Lain-Lain Bahan
Telur
Cheese
Cara memasak
Bahan A
1) tumis bawang putih hingga wangi.
2) Bila bawang putih dah wangi, masukkan kiub ayam.
3) Masukkan ayam kisar tadi
4) Last sekali masukkan tepung yang sudah di campur dengan air.
Tepung ni kena guna sebab nak bagi ayam tu melekat. Bile dah siap, asingkan. Dan masak pulak Bahan B.
Cara memasak
Bahan B
1) Tumis bawang merah hingga wangi.
2) Bile bawang merah dah wangi, masukkan sayur campur
3) Masukkan pulak cendawan butang.
4) Lepas tu, masukkan white pepper dan garam secukup rasa.
Asingkan macam bahan A.
Sebelum nak masak semua ni, kena sediakan makaroni rebus yer
1) Masukkan bahan A yang sudah di masak tadi dan gaul rata.
2) Lepas dah gaul rata bahan A, masukkan pula bahan B dan gaul rata jugak.
3) Lepas tu, ambik 5 biji telur dan pukul.
4) Masukkan telur ke dalam adunan makaroni tadi.
5) Masukkan makaroni ke dalam bekas.
6) Tabur cheese dan masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga kekuningan.
blog
saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan