Jumaat, 17 Januari 2014

"Hal terpenting bagi seseorang di dunia ini adalah Menyintai ALLAH dengan sebenar-benarnya"

share dari link fb ~ Cmass Galeri picture



"Rasa aman adalah tempat berpijak yang paling kukuh dan kesihatan adalah perisai paling utama.Ilmu pengetahuan adalah makanan paling lazat, cinta Pada ALLAH adalah ubat paling mujarab, 


"Hal terpenting bagi seseorang di dunia ini adalah Menyintai ALLAH dengan sebenar-benarnya..memiliki iman yang benar, akhlak yang terpuji, akal yang lurus, tubuh yang sihat dan rezeki yang berkat. Selain semua itu, adalah beramal dan mengisi waktu dengan kesibukan yang bermanfaat"



"Tanda kebodohan ialah menyia-nyiakan waktu,menangguh-nangguh taubat, memusuhi ibu bapa, dan menyebarkan rahsia"


"Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang berperibadi mulia"


"Jangan bayangkan kebahagian yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan"


"Sebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda"



~~luahan hati pemilik rahsia hati cj~~




blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan