Jumaat, 10 Januari 2014

Andai lelaki tahu...

share dari link fb ~ Relax & Santai 

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya ;
Tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
Itu bukan bermakna dia lemah ;
Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai
lelaki itu

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah
Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya ;
Tetapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu
Lihat saja pasangan yang baru bercinta
Mereka jarang bertengkar, Akan tetapi percayalah ...
Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
Maka akan semakin banyak pula sesuatu yang terjadi

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cerewet
Dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih ;
Tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu apa adanya ;
Tetapi dia mau menjadikan anda lebih baik
Bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percaya kamu
Bukan bermakna dia tidak sayang ;
Tetapi dia terlalu menyayangi kamu dan masih mengangap kamu
anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian
Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
Kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mengharapkan yang terbaik untuk kamu   

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan