Isnin, 20 Januari 2014

Resepi Roti Canai

share dari link fb ~ Buku Resepi
 
Resepi Roti Canai
Oleh:Zaida Zainuddin

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
Setengah cawan mentega
1 biji telur
Sedikit susu pekat untuk rasa manis (tak nak takpe)
Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, air, mentega, telur dan susu pekat.
2. Gaul sebati dan biarkan 10 minit. Setelah itu, uli sebentar. Biarkan lagi 10 minit. Uli lagi. Biarkan lagi 10 minit. Uli dan bulatkan seberapa biji yang dikehendaki. 
Sapu doh dengan sedikit minyak, simpan untuk 3 jam atau lebih.
JANGAN uli doh LEBIH 3 KALI kerana doh akan menjadi kenyal dan keras, susah untuk tebar.
3. Tebar (atau tarik doh pun boleh) dan goreng dengan minyak yang sedikit (macam kat kedai).
 

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan