Sabtu, 18 Januari 2014

Asal Usul Kejadian Api Dunia..

share dari link fb ~araaz

Asal Usul Kejadian Api Dunia..

Diriwayatkan bahawa Rasullulah pernah
menceritakan tentang kejadian api didunia. semasa
nabi Adam dihatar ke dunia Allah S.W.T telah
memerintahkan malaikat Jibrail supaya ambik sedikit
api dari NERAKA untuk dihantar ke dunia bagi
kegunaan nabi Adam. Maka Jibrail pun pergilah
kepada Malaikat Penjaga Neraka iaitu malaikat
Zabaniah.

Ini antara dialog mereka:

Jibrail : Wahai Zabaniah, aku diperintahkan oleh
Allah untuk mengambil sedikit api neraka untuk
dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam di sana.

Zabaniah : Baiklah, sebanyak mana SEDIKIT yang
kamu mahu itu wahai Jibrail?

Jibrail : Berilah sebesar buah kurma....

Zabaniah : OHH....TIDAK kalau sebesar buah KURMA
api neraka itu yang engkau bawa, nescaya akan
CAIRLAH TUJUH LAPIS LANGIT DAN BUMI akan
kepanasannya.

Jibrail : Kalau begitu berilah aku separuh daripada
buah kurma...

Zabaniah : Kalau separuh dari sebutir buah kurma,
maka hujan tidak akan turun walau setitik pun dari
langit dan tidak akan ada satu pun tumbuhan yang
akan tumbuh di bumi nanti....

maka Jibrail menjadi buntu..lalu menghadap Allah
untuk mengetahui sebesar mana api yang perlu
dihantar ke dunia. Allah pun memerintahkan Jibrail
supaya mengambil hanya sebesar ZARAH iaitu
sebesar ATOM yang tidak dapat dilihat oleh mata
dari api neraka untuk dibawa ke dunia .....maka
Jibrail pun mengambil api tersebut dari malaikat
Zabaniah tetapi oleh kerana terlalu PANAS, api
neraka sebesar zarah tersebut TERPAKSA
DISEJUKKAN DENGAN MENCELUPKANNYA DI
DALAM 70 BUAH SUNGAI DI SYURGA dan di setiap
sungai tersebut terpaksa DIRENDAM SEBANYAK 70
KALI.

selepas itu barulah malaikat Jibrail membawa api
tersebut ke dunia dan meletakkannya keatas sebuah
bukit yang tinggi. selepas itu, tiba2 bukit itu MELELEH
dan MENCAIR. Oleh sebab, bimbang dunia ini ini
cair maka Jibrail kembali membawa api tersebut ke
neraka. SISA-SISA api itulah yang yang terdapat di
dunia pada hari ini wahai kawan-kawan bahkan
termasuklah dari GUNUNG BERAPI dan sebagainya.
cuba korang bayangkan api tersebut terpaksa di
sejukkan dulu dalam 70 BUAH SUNGAI dan
DICELUP sebanyak 70 kali dan sisanya sahaja telah
membuatkan manusia tidak tahan dengan
kepanasannya...

MACAM MANA PULA API YANG KAT DALAM
NERAKA TUE ??

BOLEHKAH AMALAN KITA YANG SEDIKIT INI
MENYEjUKKAN API DI SANA ??
APATAH LAGI BUKAN AMALAN BAIK YANG KITA
LAKUKAN SEBALIKNYA AMALAN KEJI YANG KITA
KUMPULKAN ....

~Nau'dzu Billahi Min Dzalik~

MADAH BERAPI : MARILAH KITA SAMA-SAMA
MEMUHASABAH DIRI KITA SETIAP HARI SUPAYA
KITA SENTIASA SEDAR DENGAN KESILAPAN YANG
KITA LAKUKAN SEHARIAN

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan