Rabu, 15 Januari 2014

Chicken buttermilk (malaysian style) Oleh: Nadieya Nani

share dari link fb ~ Buku Resepi
 
Chicken buttermilk (malaysian style)
Oleh: Nadieya Nani

Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan perapan.
3 sudu lada hitam
Garam secukup rasa
Tepung gandum
Isi ayam 500g(boneless. Sebaiknya ayam hendaklah dalam keadaan sejuk)

Bahan untuk sos.
150ml susu cair
1 sudu besar whipping cream
1 sudu besar susu pekat
5 sudu besar mentega
50ml air panas
1 batang cili padi (size besar, kalu cili saiz kecil, lebihkan,, ikut selera kepedasan masing masing)
Halia (sepanjang ibu jari)
Daun kari (15 helai)
Gula dan garam secukupnya.

Cara-cara.
1) Potong isi ayam dalam size kecil. Gaulkan ayam dengan bahan garam dan lada hitam. Panaskan minyak. Salut ayam dengan tepung, kemudian goreng sampai masak.

2) Cairkan mentega atas kuali berasingan. Api sederhana. Tumis sekali daun kari, cili padi dan halia yg dipotong nipis.
3) Selepas naik bau, masukkan susu cair, susu pekat, whipping cream dan air. Gaul hingga susu menggelegak.
3) Masukkn gula, dan garam secukupnya.
4) Akhir sekali masukkn ayam yang gelah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkn atas api selama 3 minit.
5)sedia diangkat dan dihidang.

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan