share dari link fb ~ Ustaz Iqbal Zain
PERINGATAN BAGI MEREKA YANG TERPEDAYA
Setiap orang pasti pernah melakukan dosa. Kerana itu, sudah semestinya kita sering memohon ampun kepada Allah. Setelah kita menangis bersimpuh dihadapan-Nya dan mengakui segenap dosa kita, biasanya kita beranggapan bahawa kita telah terbebas darinya dan merasa tenang dan aman dari siksa Allah. Benarkah demikian? Adakah jaminan bahawa tangisan kita telah menyentuh kasih-Nya sehingga Dia pasti mengampuni segenap dosa kita?
Orang2 soleh yang taat beribadah saja masih tidak merasa aman dari siksa Allah, apa lagi para pendosa seperti kita? Janganlah kita merasa tenang dengan amal2 soleh yang jarang kita lakukan malah dengan cara yang sangat buruk, tidak bersama dengan Allah ketika beramal, tidak ingat Allah dihati batin, tidak memperhatikan adab2 dihadapan Allah dan belum tentu diterima oleh-Nya, sehingga kita melupakan keburukan2 kita sendiri? Janganlah kita terpedaya oleh anggapan bahawa kita sudah merasa aman dari siksa Allah berkat amal2 soleh yang kelihatan kita perbuat. Kita tidak akan masuk syurga dengan amal kita semata, kecuali dengan Rahmat Allah, dan Rahmat-Nya hanya untuk mereka yang benar2 menjadi hamba yang ikhlas, sedang ikhlas adalah Rahsia Tuhan bagi mereka yg tidak lagi merasa ada hak dirinya kecuali hak2 Allah disetiap martabat wujud pada dirinya dan alam jagat ini.
Berapa banyak orang yang beramal soleh merasa selamat dan aman dari Allah malah berasa soleh, dan menyangka merekalah yg beramal, sedang amal itu anugerah Allah yang Allah tajallikan pada jasad dan jiwanya. Tetapi berapa banyak juga mereka yang beramal hanya sekadar mesin jasad namun tidak bersama rohaninya mengadap dan bertawajuh kepada Ka'abah Hakiki yakni Dzat Yang Ghaibul Ghaib. Apakah mereka lebih baik daripada mereka yang Allah tajallikan maksiat yang kemudian dicampakkan rasa takut, bertaubat dan berharap kepada Allah dengan tangisan jasad dan hati batinnya yg penuh ikhlas, dan sentiasa munajat dan penuh harap kepada Allah sepanjang hidup kerana maksiat itu?
Fudhail ibn Iyadh ra berkata, ”Saat sebelum subuh, rambut para sahabat Nabi saw, biasanya nampak penuh berdebu, kerana mereka menjalani malamnya dengan sujud dan berdiri (Shalat sepanjang malam). Ketika mengingat Allah swt, tubuh mereka bergoyang bagai pohon dihari berangin kencang. Air mata mereka mengalir hingga membasahi baju, bahkan nampak seperti sisa air wudhu. Namun, saat waktu subuh hampir tiba, mereka segera meminyaki wajah dan mencelak mata mereka, sehingga nampak seperti penidur lalai yang baru bangun dari tidurnya sepanjang malam.”
Imam Abu Bakr Ash Shiddiq ra. berkata, ”Barangsiapa mampu menangis, menangislah!. Dan yang tidak mampu, berusahalah menangis!”.
Setiap malam, seorang puteri tetangga Manshur ibn Al-Mutamar ra selalu melihat Manshur berdiri di atap rumahnya. Hanya saja, si puteri tetangga ini mengira Manshur sebagai tiang, kerana Manshur selalu lama berdiri tegak disana. Saat Manshur wafat, si puteri tetangga bertanya kepada keluarga Manshur, ”Kemana tiang yang setiap malam ku lihat berdiri tegak di atap rumah kalian?”. Mereka menjawab, ”ia telah menghadap Tuhannya Yang MahaTinggi nan MahaAgung.” Si puteri tetangga bertanya hairan,. ”Bagaimana boleh berlaku seperti itu?.” Mereka menjawab, ”Sebenarnya, di atap rumah kami tidak ada tiang. Yang setiap malam engkau lihat berdiri tegak di sana adalah Manshur.” Setiap kali menceritakan kisah ini, Imam Ahmad ibn Hanbal ra selalu menangis hingga janggutnya basah.
Amir Al Mukminin Umar ibn Al khaththob ra berkata, ”Ciri engkau benar2 bertaubat adalah mengakui dosa2mu. Ciri bahawa engkau benar2 ikhlas dalam beramal adalah membuang ujubmu jauh2.
Ciri bahawa engkau benar2 bersyukur adalah mengakui kekuranganmu dalam beribadah.”
Seseorang bertanya kepada Siti Aisyah ra, ”Wahai Umm Al-Mu’minin, bila seseorang mengetahui bahawa dirinya termasuk orang yang baik?”. Ia menjawab, ”Saat ia tahu bahawa dirinya termasuk orang yang buruk.” Orang itu bertanya lagi, ”Bila seseorang mengetahui bahawa dirinya termasuk orang yang buruk?” Ia menjawab, ”Saat ia menganggap dirinya sebagai orang baik.”
Hasan Al-Bashri ra berkata, "kepada orang2 yang bersungguh dalam ibadah, ”Demi Allah! Jika dibandingkan dengan para salaf, kesungguhan kalian dalam beribadah bagaikan main2."
Ingatlah... engkau tidak pernah wujud secara hakikat, engkau wujud kerana dibayangi Wujud Allah yang punyai hakikat Wujud Hakiki. Maka setiap yang dicipta-Nya bukan untuk menunjukkan wujud yg dicipta itu... tetapi bagi menunjukkan kesempurnaan yang mencipta. Maka ketika engkau beramal, rasailah hak2 Tuhanmu dalam amalmu secara total tanpa ada hak kamu sehingga ketahap sifar... kamu tidak akan pernah bertauhid kecuali engkau meninggalkan dirimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan