Selasa, 2 Jun 2015

IKUT Nabi SAW atau ikut Habaib(AhlulBait/KeluargaRasulullah) ?

share dari link fb ~ Abd Azim Bastarah added 2 new photos — with Mohd Hanif and 14 others.
IKUT Nabi SAW atau ikut Habaib(AhlulBait/KeluargaRasulullah) ?
Jawapannya : Ikut Nabi Muhammad SAW.. Ok baik.. Sekarang,semua sepakat Ikut Nabi SAW kan ? Mari kita lihat apa yang Nabi suruh,kemudian kita ikut . Lepas ni,jangan duk bangkang2 lagi noh ~ penat ambe melayan . Hmm
Kita selalu dengar dan sebarkan Hadith Rasulullah SAW yg berbunyi : " Ku tinggalkan kepadamu(umat islam) dua pusaka abadi , apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat , iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku ." 
(Al-Muwatto' karangan Imam Malik)
Imam Malik membawa hadis ini dengan dalam bentuk Mursal iaitu yg terpotong riwayatnya pada generasi sahabat . Bermakna hadi mursal ini tabi'in terus menisbahkannya kepada Rasulullah saw tanpa dinyatakan daripada sahabat manakah diambil riwayat tersebut . Hadis Mursal termasuk dalam kategori Hadis Dhoif . Selain Muwatto' Imam Malik,didalam Musnad Ahmad juga terdapat riwayat dgn lafaz Al-Quran dan Sunnah namun Imam Ahmad mengulas di akhir hadis dgn bahawa "lafaz Sunnah dlm hadis ini ialah 'gharib' (ganjil,janggal)".
Hadis dengan lafaz Al-Quran dan Sunnah sebenarnya tidak terdapat dalam mana2 riwayat hadis yg sahih namun makna sunnah itu tidak tertolak . Kerana ia dipakai sebagai penerang kpd lafaz hadis2 sahih dan mutawatir . Dalam masa yg sama ada hadis yg lebih kurang sama bunyinya, yg juga merupakan hadis sahih bahkan riwayat dan sanadnya adalah lebih kuat dari hadis yg terdapat lafaz Al-Quran dan Sunnah seperti diatas .
Hadith tersebut menyebutkan bahawa Zaid bin Arqam r.a , Rasulullah saw telah berkhutbah : " Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kalian dua peninggalan yg besar , yg pertama adalah Kitab Allah (AlQuran) dimana di dalamnya terdapat hidayah dan (cahaya) nur , maka berpeganglah kpd Kitab Allah . " 
Berkata Zaid : " Beliau(Nabi) sangat memberi penekanan dan kepentingan Kitab Allah ." 
Kemudian Rasulullah menyambung : " Dan itrati Ahli Bait ku . Aku peringatkan kepada kalian dengan nama(Allah) tentang Ahli Bait ku ."
(Sahih Muslim,Tirmizi,Tabrani,Musnad Ahmad,Tahawi dan lain2.. Disahihkan juga oleh Albani)
Hadis ini dikenali sbg 'Hadis As-Saqalain' . Hadis ini bukan sekadar Hadis Sahih malah mencapai darjat Mutawatir kerana begitu ramainya sahabat yang meriwayatkannya . Ini bermakna terdapat kaitan yang rapat antara Sunnah dan ahlulbait . Ianya tidak dapat dipisahkan sama sekali . Ahlulbait yang dimaksudkan disini adalah lebih merujuk kepada semua ahlulbait dari segi penghormatan terhadap mereka dan lebih khusus kepada ulama ahlulbait yang benar dari segi ikutan dan panutan kita . Seseorang yang berpegang teguh kepada ulama ahlulbait sudah tentu akan berpegang kepada Sunnah . Dan begitulah sebaliknya . Kedua-duanya tidak akan berpisah sepanjang zaman sehingga hari qiamat menjelang .
Sebuah hadis sahih telah mengisyaratkan kepada perkara tersebut apabila oleh Imam Hakim dalam Mustadrak As Sahihain Al Hakim juz III hal 148
Al Hakim meriwayatkan telah menceritakan kepada kami seorang faqih dari Ray Abu Bakar Muhammad bin Husain bin Muslim, yang mendengar dari Muhammad bin Ayub yang mendengar dari Yahya bin Mughirah al Sa'di yang mendengar dari Jarir bin Abdul Hamid dari Hasan bin Abdullah An Nakha'i dari Muslim bin Shubayh dari Zaid bin Arqam yang berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda :
"Kutinggalkan kepadamu dua peninggalan (As-Saqalain), kitab Allah dan Ahlul BaitKu . Sesungguhnya keduanya tak akan berpisah, sampai keduanya kembali kepadaKu di Al Haudh(telaga Kauthar)"
(Al Hakim menyatakan dalam Al Mustadrak As-Sahihain bahawa sanad hadis ini sahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim)
Imam Ahmad bin Hanbal juga meriwayatkan hadis yang serupa pada halaman 26, dari Abu Sa'id al-Khudri hadis yang lain. Demikian juga pada halaman 59, dari Abu Sa'id al-Khudri hadis yang lain. Juga meriwayatkan pada juz keempat, halaman 367, dari Zaid bin Arqam hadis yang lain.
Diriwayatkan oleh at-tirmidzi :Dari Jabir bin 'Abdillah AI-Anshari yang berkata, "Aku melihat Rasulullah Saw. di dalam Haji Wada' (Haji Perpisahan) di atas untanya 'AI-Qushwa'(nama unta Rasulullah Saw.)', beliau berkhutbah. Aku mendengar beliau bersabda, "Ayyuhannas, sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kalian, yang apabila kalian berpegang teguh dengannya, kalian tidak akan tersesat, yaitu: Kitabullah (Al-Quran) dan keturunanku Ahlulbaitku. "
(Sahih Tirmizi jilid 2 halaman 308)
Kesimpulannya : Marilah kita Ikuti Rasulullah SAW.. Sekarang ni zaman fitnah , yg benar nampak salah . Kembalilah kepada Allah dan Rasulullah saw .
‪#‎Ambe‬ petik kalam Ustaz Iqbal Zain . Cuma diringkaskan sedikit . Ambe ambil point2 penting sahaja . Sebab ramai yg malas membaca
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan