يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ
فَإِنَّهُ مِنْهُمْإِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi
dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. - Al Maidah: 51
Dari Umar r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berdoa,"Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami,Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”.
Mereka (para Sahabat) berkata:
“Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”.Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” -Hadis Riwayat Bukhari
Keturunan Saud atau Saudi adalah pembelot kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan seluruh umat Islam apabila Abdul Aziz Al Ibn Saud membuat persetujuan dengan Bank Of Englad pada tahun 1916 dengan bayaran £5000 bagi sebulan untuk dana, dan Saud dengan penyokongnya menentan habis-habisan Khilafah Uthmaniah untuk menawan kota Madinah dan kota Mekah dari pentadbiran khalifah. Para ulama terutama menentang tindakan beliau yang bersekutu dan menerima wang tersebut, tetapi beliau dengan rasa tidak (bersalah menyatakan inilah rezeki dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam bentuk cukai (Jizyah))
Dalam tahun 1919-1924, pejuang-pejuang Islam mendapat tentangan dari pihak musuh yang diketuai oleh British sehingga akhirnya British berjaya menawan Semenanjung Arab dan Jerusalem. Pada 3 March 1924, dunia yang dikepalai oleh British mengiktiraf penghapusan sistem Khilafah di dunia ini dengan sokongan Abdul Azizi ibn Saud yang telah ditabal sebagai Raja Tanah Arab secara tidak langsung umat Islam tidak mempunyai pemimpin. Seterusnya keluarga Saud pelopor fahaman Wahabi melalui perkahwinan dengan perempuan Imam Muhammad Abdul Wahab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan