Ahad, 23 Ogos 2015

Allah s.w.t kurniakan kepada kita dua mata. Satu mata untuk melihat kebaikan orang lain dan satu mata lagi untuk melihat aib, kelemahan, keburukkan diri kita sendiri.

share dari link fb ~ Azreel Azhar

Dan jika pada diri orang lain ada 99 kejahatan tetapi ada satu sahaja kebaikan pada dirinya, mari kita tengok satu kebaikan pada dirinya itu.

Lupakan 99 kejahatan yang ada padanya, maka kita akan bersangka baik dengan manusia lain .

Allah s.w.t kurniakan kepada kita dua mata. Satu mata untuk melihat kebaikan orang lain dan satu mata lagi untuk melihat aib, kelemahan, keburukkan diri kita sendiri.

Maka seorang seorang yang sibuk melihat aib dirinya sendiri ia tidak akan melihat aib manusia lain.

Yang mempunyai banyak masa untuk mencari aib orang lain adalah kerana ia tidak sibuk mencari aib dirinya sendiri .

Abdullah Ibn Mas'ud satu hari keluar dari rumahnya, para pengikutnya telah tunggu diluar rumahnya. Dan apabila Ibn Mas'ud keluar dari rumah semua pengikutnya mengikutinya dari belakang.

Ibn Mas'ud mengatakan kepada pengikutnya "Jika Allah membuka aib dibelakang tabir ku ini,sudah tentu tiada seorang pun dari kamu ini yang akan mengikut kepada aku". Begitu juga saya (Ustaz Iqbal Zein) mengatakan kepada tuan-tuan dan puan-puan jika Allah s.w.t membuka aib yang ada pada diri saya bukan sahaja kalian akan duduk di majlis ini bahkan setiap seorang akan meludah kepada muka saya.

Manusia membuat dosa pada siang hari pada malam hari, tetapi lihat kepada kehebatan Allah s.w.t menutup segala aib hamba-hambanya bahkan Allah menunggu kepada hamba-hambanya ini untuk mengetuk pintu-pintu taubat Allah s.w.t

Guru Mulia kami, Tasawwuf, Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari حفظه الله تعالى 

-Wallahu 'Alam-
 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan