Khamis, 6 Ogos 2015

AYAM PANGGANG TANDORI

share dari link fb ~ Resipi Kek & Biskut Raya

AYAM PANGGANG TANDORI

Bahan-bahan:

1 kg Peha Ayam – dibuangkan kulit dan dibersihkan dari lemak2nya.
2 sudu besar cili serbuk/kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk garam masalah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk fenugreek – halba
1 paket tairu biasa
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya – ditumbuk halus/kisar
4 ulas bawang puih – ditumbuk halus/kisar
1 inch halia – ditumbuk halus/kisar
1 sudu teh pewarna merah
Garam secukup rasa
2 biji lemon – perahan jusnya dan hiasan
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar – dihiris tipis (optional – dipanggang bersama ayam dikuali grill)

Cara:

Peha ayam pada mula mesti di kelar. Supaya rempah dapat di resap pada ayam nya. Gaulkan cili, jus lemon & garam secukup pada peha ayam yang dikelar. Di mangkuk yang lain, siapkan tairu dengan serbuk2 kunyit, ketumbar, jintan halus, garam masalah, gaulkan supaya sebati. Daun ketumbar & akarnya ditumbuk bersama serbuk fenugreek, bawang putih & halia hingga lumat. Gaulkan pada peha2 ayam. Letakan pewarna merah pada yohgurt rempah dan gaulkan pada peha ayam. Biarkan diperap dipeti ais selama 4 – 6jam sebaik2nya. Kalau nak ringkas – 1 jam. Bila hendak memasak, panaskan oven pada 180C – 200C. Keluarkan ayam dan gaulkan bersama minyak masak sedikit. Panggang ayam dioven dan bakar selama 25mins pada suhu 140C – 160C. Bila ayam kelihatan kering, keluarkan dan panggang di kuali grill, panggang supaya mendapatkan tanda2 bakar hitam. Bakar pada api yang sederhana. Taburkan serbuk garam masalah sedikit & hirisan bawang besar di atas ayam semasa dipanggang (optional). Masak ikut cita rasa. Sajikan panas bersama nasi.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan