JOM BELAJAR BUAT RACUN ORGANIK SENDIRI!
Selamat pagi semua! Harini admin nak share tips yang memang best, tapi tips nieh bukan datang dri kami di Akademi Flora ya, ia datang dari Kebun Bandar. SO nak lebih banyak maklumat anda semua boleh dapatkan disana~ kita hanya post sahaja disini.
**Pengenalan:
Racun serangga organik daripada pokok mambu (digunakan juga untuk ubat demam campak) (neem tree). Ia berkhasiat untuk menghindarkan serangga perosak untuk datang ke tanaman kita. Dan yang penting ia organik. ^^
**Bahan :
1. 3 ranting (atau lebih) daun mambu
2. 5 sudu kecil bunga cengkih
3. 500ml minyak masak (kelapa sawit)
4. Pendidih dua tingkat
5. Pengisar
**Kaedah:
1. Campur dan kisar dedaun mambu dan bunga cengkih bersama minyak masak sehingga halus
2. Panaskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan pendidih dua tingkat. Gunakan api kecil.
3. Masak antara dua hingga tiga jam untuk mengeluarkan ekstrak minyak neem itu
4. Setelah itu, biar sejuk dan tapis ke dalam botol simpanan
**Cara penggunaan:
Campurkan 1 sudu makan minyak mambu + 1 sudu meja makan cecair pencuci pinggan + 1L air
Sembur pada tanaman yang terkena serangan perosak.
Untuk pencegahan serangga, semburkan pada tanaman secara berkala, seminggu atau 2 minggu sekali, mengikut keperluan.
=====
Nota tambahan:
Sedikit tambahan. Buah mambu sangat baik untuk dibuat minyak tapi mungkin sukar nak dapat. Guna daun seperti ditunjukan dan kalau ada buahnya, campurkan sekali.
Minyak neem ini boleh dicampurkan dengan minyak serai wangi dan minyak bawang putih semasa penggunaan. Cara pembuatan minyak serai wangi dan bawang putih lebihkurang sama dgn cara membuat minyak neem, cuma bunga cengkih tak perlu dimasukkan.
Selamat mencuba!!
P/s: Nak lebih banyak maklumat, sila rujuk sumber ya~ Admin ambil bulat2 dari sumber
smile emoticon
SUMBER: Salina Shamsudin/ KebunBandar.com
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan