Ahad, 23 Ogos 2015

INFO RASA: KACANG BOTOL - ULAM DESA YANG KAYA KHASIAT

share dari link fb ~ Rasa

INFO RASA: KACANG BOTOL - ULAM DESA YANG KAYA KHASIAT

Kacang botol atau kacang kelisa senang ditanam dan tumbuh secara menjalar. Selain dimakan mentah, kacang botol juga boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti goreng dan celur bahkan enak ditambah di dalam telur dadar. Jangan tak tahu, kecang sekecil ini punya banyak khasiat tau. Antaranya ialah: 

1. SUMBER PROTEIN
Kacang botol mengandungi banyak protein, malah nilai kandungannya lebih tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran lain yang daripada jenis kekacang. 

2. KAYA DENGAN VITAMIN PENTING
Ulaman ini dikatakan mengandungi banyak Kalsium, zat besi dan Vitamin A. Bahkan ia juga mengandungi asid amino sama seperti yang terkandung dalam kacang soya. 

3. MAMPU MENGUBAT DEMAM CAMPAK
Daun Kacang botol mampu mengubati demam campak. Manakala daun kacang botol yang ditumbuk lumat boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul. 

4. MENGANDUNGI KARBOHIDRAT
Kacang botol dikatakan mengandungi 30% kandungan karbohidrat. Oleh yang demikian, ia sesuai dijadikan sebagai kerabu dan dimakan tanpa nasi.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan