Kenapa Nasi yang baru dimasak cepat basi ?
Mungkin anda tak cuci periuk nasik betul2 pun boleh jadi nasi yang dimasak akan cepat basi.
Tapi kalau ianya kerap berlaku..walaupun periuk dah cuci bersih dan segala macam petua dah kami buat masih basi juga mcm mana ?
Itu tandanya rumah anda ada penghuni yang tak nampak.
Basi yang macam mana?
Terlalu cepat basi, kadang2 masih panas, tapi dah basi, ada yang lebih kritikal baru sahaja masak terus basi.
Kenapa nasik, lauk boleh cepat basi dan kaitan dengan makhluk halus ?
Kita taknampak, kalau Allah izin nampak, kita akan nampak jin2 tu berak kencing dalam makanan kita. lalu nak makan ? sebab tu lauk dan nasi cepat basi. Pernah berlaku, Nasi baru dimasak, masih berasap lagi tetapi.. nasi tu dah pun basi..
Maka caranya, Ambil segenggam lada hitam, dan dibaca ayat Kursi 7 kali. setiap kali masak nasik dan lauk baca Bismillah sampai habis dan masukkan 7 butir lada hitam kedalam periuk. Baki lada hitam bolehlah disimpan dan digunakan setiap kali hendak memasak.
Kalau masih basi juga, panggilah perawat islam berdekatan dengan rumah anda.
InsyaAllah segalanya dengan izinAllah.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan