Ahad, 23 Ogos 2015

PANCAKE DURIAN

share dari link fb ~ Resepi Sheila Rusly

PANCAKE DURIAN

Bahan bahan

70gm tepung gandum

10 gm tepung jagung

40 gm gula castor

250 gm susu segar

20 gram butter

2 telur merah

Cara membuatnya:

Cairkan butter. Ketepikan.
Campurkan tepung gandum dan tepung jagung. Curahkankan susu segar dan kacau sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan butter cair dan lebihan susu. Kacau sehingga sebati.
Wrapkan dengan plastik dan biarkan selama 1 jam.
Masukkan sedikit dalam kuali . Gunakan api sederhana.
Angkat setelah masak .
Sejukkan dahulu sebelum di gulung dengan isi durian*

Isi Durian*

Bahan-bahan

125 gm whipping cream

1 sudu besar gula

1/2 sudu besar gelatin + 1 sudu besar air

125 gm isi durian

Sejukkan bekas adunan anggaran 15 minit.*
Dengan kaedah double boiler. Tuangkan 1 sudu besar air dan taburkan gelatin.
Dengan menggunakan bekas yang di sejukkan tadi. Pukul whipping cream sehingga berkerim dan gebu,
Masukkan gula dan pukul lagi.
Masukkan bancuhan gelatin dan pukul lagi.
Akhir sekali masukkan isi durian dan kacau sehingga rata.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. 

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
Facebook Page : Ketuk-Ketuk Ramadan
Selamat mencuba
heart emoticon
smile emoticon
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan