FREEMASON:
MUSLIHAT KELUARGA DIRAJA ARAB SAUDI
Bekas Menteri Kabinet Lebanon, Wein Wahab telah membuat satu kenyataan di dalam satu rancangan temuramah melalui Televisyen Lebanon pada 13 Jun 2008 yang mendedahkan fakta menggemparkan bahawa Keluarga Diraja Arab Saudi berasal daripada keturunan Yahudi Bani Qainuqa'.
Keturunan Yahudi Bani Qainuqa' kini membalas dendam kepada Rasulullah S.A.W dengan menguasai seluruh Semenanjung Tanah Arab termasuk dua tanah suci umat Islam yakni Mekah serta Madinah.
Yahudi Bani Qainuqa' telah dihalau keluar dari Madinah oleh Rasulullah s.a.w. kerana mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai bersama iaitu semua warganegara Madinah wajib mempertahankan negara sekiranya diserang oleh musuh. Sebaliknya mereka telah membantu pihak Quraisy Musyrikin Mekah untuk mengalahkan tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W.
Pengumuman Wahab tersebut walaubagaimanapun tidak tersebar ke luar Lebanon dan hanya diketahui oleh tidak ramai manusia. Beliau juga mendedahkan bahawa kerajaan Arab Saudi bertindak menaja sebuah parti di Lebanon untuk memecahbelahkan umat Islam.
Wahap percaya bahawa Bani Qainuqa yang dihalau dahulu telah membalas dendam terhadap Rasulullah pada masa sekarang dengan menerajui tampuk pemerintahan Semenanjung Arab (sekarang dipanggil Arab Saudi)
Menurutnya lagi, parti Fathul Al-Islam yang menguasai Lubnan sekarang adalah hasil tajaan kerajaan Arab Saudi. Mereka cuba merosakkan perpaduan umat Islam di Lubnan dan bermatlamat membawa pentadbiran Lubnan ke arah menjadi boneka Amerika Syarikat.
Pendedahan dari Wahab telah memeranjatkan ramai pihak tetapi berita ini hanya berlegar di negara Arab sahaja dan tidak dihebahkan di Malaysia.
Malah jika diteliti dalam situasi sekarang juga, Arab Saudi dengan terang mengangkat fahaman Wahabi sebagai dasar agama rasmi bagi negaranya yang akibatnya dapat dilihat di sana amalan-amalan sunnah Rasulullah telah dilarang sama sekali.
Patung-patung berhala dipelihara, tetapi rumah nabi, para sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan atas alasan "bida'ah",
dan di atas tapak yang diratakan di bina Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds milik Freemason.
Malah kerajaan Saudi membina banyak monumen Dajjal (All-Seeing Eye) yang diberi nama Jeddah Eye.
(Gambar) Tugu Dajjal di ibu kota Jeddah
========================== ========================== =======
PENGAKUAN RAJA FAISAL TENTANG KEYAHUDIANNYA
Walaupun Mohammad Sakher telah mati (dipercayai dibunuh oleh orang-orang rejim Saud), namun kajian-kajian beliau tetap diteruskan dan digunapakai oleh ramai penyelidik seluruh dunia bagi mengenal pasti keturunan asal keluarga Saud.
Bagi membuktikan asal-usul keturunan Saud, pada 1960-an dua buah stesyen televisyen iaitu Sawt Al-Arab (Mesir) dan Yemen Broadcast-ing (Yaman) telah mengesahkan asal-usul keyahudian keturunan keluarga diraja Saud.
Kemuncak kepada hasil pendedahan dua buah stesyen televisyen itu dan desakan masyarakat antarabangsa (terutamanya kelompok sejarawan), akhirnya Raja Faisal mengaku bahawa beliau dan keturunannya adalah Yahudi.
Pengakuan ini dibuat di dalam akbar Washington Post edisi 17 September 1969.
'' We, the Saudi Family, are cousins of the jews: we entirely disagree with any Arab or Muslim Authority which shows any antagonism to Jews;
but we must live together with them in peace.
Our country (Arabia) is the fountain head from where the forst jew sprang, and his descendants spread out all over the world....''
MEDIA MIND CONTROL
Mohammad Amin al-Tamimi, Pengarah Perpustakaan Kerajaan Saudi telah mengaitkan keturunan Saud dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w atas arahan Rothschild.. dan di atas pemalsuan tersebut, dia telah menerima tiga puluh lima ribu pound Mesir daripada Kedutaan Arab Saudi di Mesir pada tahun 1943.
-------------------------- -------------------------- -------------------------- -------------------------- -
Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Surah Al A'raf Ayat 179)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan