Isnin, 24 Ogos 2015

FREEMASON : ANTARA REALITI DAN PARANOID

share dari link fb ~ Neil Armsteen

FREEMASON : ANTARA REALITI DAN PARANOID 

lluminati, Freemason & Penyembah Syaitan BUKAN konspirasi. Terdapat DALIL NAS dari banyak hadis & ayat Al Quran serta banyak FAKTA sejarah, sains & semasa yang menyokong. 

Pembongkaran agenda Illuminati serta Dajjal Laknatullah boleh dijadikan dakwah akhir zaman yang menghadapi pelbagai krisis & fitnah samada di peringkat global, negara dan individu

Petanda-petanda kemunculan Dajjal & kedatangan Imam Mahdi semuanya termaktub jelas dalam hadis-hadis sahih Rasulullah saw sebagai peringatan & persediaan buat umat akhir zaman. 

Tiada seorang manusia pun yang tidak terkait dengan perkara ini, apatah lagi bagi orang Islam lagi beriman kepada Allah samada mereka tahu atau tidak mahu ambil tahu. 

Bagaimana hal Dajjal, Freemason & Imam Mahdi boleh dijadikan dakwah ??

PERTAMA : Kerana ianya adalah pesanan dari hadis Rasulullah saw. 
KEDUA : Relevan dengan isu semasa akhir zaman.
KETIGA : Berkait dengan peristiwa tanda-tanda Kiamat. 

TUJUAN : Menarik seberapa ramai orang kepada Islam & Iman, dan untuk kesedaran umat Islam.

Berapa ramai umat Islam yang ambil tahu kenapa Freemason rampas Masjid Al Aqsa dan membina istana Dajjal yg diberi nama Haikal Sulaiman?

Info lanjut :





Subhanallaah... Al Quran yg diturunkan Allah Maha Bijaksana 1,400 tahun yg lalu terlebih dahulu sudah ada JAWAPAN bagi kajian saintis hari ini, dan sejarah Firaun kini berulang kembali... memang menakjubkan! 

Yang menguasai dunia hari ini semuanya adalah cucu cicit Firaun,

Allah SWT turunkan Al Quran kebumi (selain dari kerana kejahilan masyarakat Arab ketika itu) juga agar umat Islam berusaha dan guna initiatif untuk dapatkan ilmu bagi kebaikan dunia (dan akhirat). 

Gunakakanlah masa yg berfaedah untuk mengkaji Al Quran sedalam2nya.

==============================================================

SEJARAH FREEMASON, SIHIR & SATANIC RITUAL

" dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut Marut di Negeri babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”; 

Al-Quran: Al-Baqarah:102 

(Gambar) Tugu Freemason di Eilat, Israel
 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan