Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - belah depan
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 biji cili padi - ketuk
2 inci halia muda - hiris panjang
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis - hiris dan juga perah jus
5 helai daun limau purut - buang urat & hiris kasar
2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
1/2 batang saderi - hiris nipis
Bahan Sos:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Bahan Lain:
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula/serbuk perasa
Bahan Tabur
Daun ketumbar, daun bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris
Cara cara:
Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah ikan.
Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak. Masukkan air bancuhan tepung dan garam serta gula. Rasakan dulu masinnya, sebelum ditambah garam.
Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan
Ikan Siakap Kukus Halia
1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air
Cara penyediaaannya
Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.
IKAN KERAPU KUKUS/STIM - MUDAH
Adaptasi dari : Dapur Dayangjack
1 ekor ikan (dibersihkan) - Saya guna 2 ekor ikan kerapu
1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
2-3 biji cili padi (di hiris) – optional
7biji tomato cherry - di belah (Jika gunakan tomato biasa - potong dadu)
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
sedikit air
sedikit daun sup (dihiris) dan daun bawang untuk hiasan
Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2. Lumurkan ikan dengan garam. Kemudian letak di dalam bekas tadi. Taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Buka penutup kukusan, masukkan tomato serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup / daun bawang
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.
IKAN SIAKAP ASAM BOI
Resepi : Kak Hana @ Hanamemories.blogspot.com
BAHAN-BAHAN:-
Ikan yang sesuai utk kukus ( siakap, kerapu etc )
1/2 biji bawang besar ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ ketuk
1 - 2 batang serai ~ hiris
1 inci halia ~ hiris memanjang halus
5 biji asam boi putih @ lebih
1/4 batang carrot ~ hiris memanjang halus
Tomato cherry @ biasa ~ belah 4
Daun ketumbar
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram ~ optional
Hirisan limau atau jusnya
Cili padi dan cili merah ~ ikut kepedasan masing2 ~ hiris@ketuk
Garam ~ jika perlu ~ tak letak sbb sos ikan dah masin
Tepung jagung + air sedikit ( jika ingin kuah pekat )
CARA PENYEDIAAN:-
Rendam asam boi dgn panas ) air paras asam boi, jgn byk sgt ) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit
Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan @ mangkuk tahan panas yang sesuai
Susun @ tabur bahan2 lain ke atas ikan. Satukan dalam mangkuk kecik sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali
Kukus ikan selama 15 minit atau hingga masak
Angkat dan hidangkan menabur daun ketumbar lagi sekali
Ikan Kukus Kicap Manis
Sumber: Zamir Masterchef
Bahan Utama
----------------
Ikan siakap (dipotong)
Bahan Sos
-------------
Halia
Cili merah
Bawang putih
Kicap manis
Sos ikan
Jus kalamansi
Sos worchister
Air
Garam dan lada secukup rasa
Cara Penyediaan
---------------------
1. Gabungkan kesemua bahan sos
2. Masukkan ikan ke dalam bahan sos dan kukus selama 10-12 minit.
3. Susun kesemua bahan hias diatas ikan yang telah masak.
4. Panaskan minyak biajan dan tuang di atas bahan hiasan.
Siakap Stim Tom Yam
Bahan-bahan
----------------
Siakap
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili padi
Pes Tomyam
Air asam
Daun limau purut
Buah tomato
Cendawan Shitake (cendawan lelain pun ok)
Daun ketumbar
Cara Penyediaan
--------------------
1) lumur siakap dengan garam, halia dan bawang putih, kukus separuh masak
2) tumis bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas
3) masukkan pes tomyam, sedikit garam dan gula
4) masukkan sedikit air asam jawa
5) tuang ke dalam kukusan ikan
6) taburkan sayur2an
7) kukus sehingga ikan masak
8) taburkan daun ketumbar
Siakap Kukus Serai Wangi
Resepi asal: Chef Florence Tan
1 ekor ikan siakap, saiz sederhana
1/2 camca teh garam
1 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah kisar
BAHAN-BAHAN DISATUKAN smile emoticon
3 camca besar jus limau kasturi
1 camca besar minyak jagung
1 1/2 camca teh gula
1/2 camca teh garam
10 biji cili padi, hiris halus
2 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 helai daun limau purut, hiris halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ikan bilis, hancurkan
CARA MEMBUATNYA smile emoticon
Siang ikan siakap, cuci dan gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis. Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan lap kering dengan tissue dapur. Sementara itu masukkan semua bahan2 yang disatukan ke dalam mangkuk dan kacau rata hingga rata. Ketepikan.
Panaskan kukus, sediakan bekas tahan panas. Sapu dengan sedikit minyak jagung pada bekas tadi. Ikan siakap dikelar sedikir, kemudian lumur dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung, rata2 termasuk bahagian dalam perut ikan. Letak dalam bekas tahan panas tadi.
Tuang bahan2 yang disatukan atas ikan, ratakan termasuk dibahagian dalam perut ikan. Kukus selama 10 minit, atau hingga isi ikan bertukar putih. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain....
Ikan Kukus Ala Nyonya
Credit: http://www.syazni.com/
Bahan-bahannya:
1 peket Tumisan Asam Pedas Maggi
1 biji terung panjang dipotong-potong
4 biji bendi dipotong dua
1 labu bawang besar dipotong baji
1 kuntum bungan kantan dipotong baji
6 tangkai daun kesum
1 biji tomato dipotong baji
1/2 cawan air masak
500g kepingan ikan (optional)
Cara-caranya:
Masukkan pes tumisan ke dalam periuk, dan semua bahan sayuran.
Goreng selama lebih kurang 2 minit.
Masukkan air masak, dan biarkan hingga mendidih.
Ketepikan dari api.
Sementara itu, kukuskan ikan selama 15-20 minit.
Sendukkan bahan sos tadi ke atas ikan dan boleh dihidang.
Selamat mencuba!
— with Nurul Nafizah Nasim Nawawi.
Ikan Stim Taucu
Sumber: iResepi.com
Bahan-Bahan:
1 ekor siakap (sederhana besar)
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos ikan
sedikit perahan jus limau
Bahan dihiris halus:
1 btg serai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 cm halia
cili merah
1 biji tomato
daun ketumbar/ daun sup
Cara Penyediaan:
Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam.
Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomatodan daun ketumbar)
Kukus dalam pengukus selama 15 minit
kemudia masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup
Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garamkerana taucusudah mempunya rasa masin yg kuat.
— with Nor Yusnifaz Yusof.
Ikan Siakap Stim Berkuah
BAHAN-BAHANNYA
smile emoticon
1 ekor ikan siakap bersaiz kecil (selebar 3 - 4 jari orang dewasa)
1 inci halia, hiris nipis
2 ulas bawang putih, diketuk
1 pokok kecil daun bawang
Sedikit garam dan lada sulah
BAHAN-BAHAN KUAH KICAP smile emoticon
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
Beberapa titik minyak bijan
1/4 camca teh lada sulah
1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN HIASAN smile emoticon
Sedikit lobak merah, dimayang halus
Sedikit cili mrerah dan hijau, dimayang halus
Sedikit halia, dimayang halus
1 pokok daun bawang, dimayang halus
CARA MEMBUATNYA smile emoticon
1. Ikan siakap disiang dan cuci bersih, perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan lap kering dengan tissue dapur yang bersih. Kelar sedikit ikan tadi. Sediakan bekas tahan panas, susun beberapa keping halia pada dasar bekas. Gaul ikan tadi dengan sedikit garam dan lada sulah. Letak ikan tadi dalam bekas beralaskan halia. Masukkan sedikit hirisan halia, bawang putih dan daun bawang dalam perut ikan. Baki halia dan bawang putih disusun atas ikan. Kukus selama 10 - 12 minit, bergantung pada saiz ikan. Sementara itu kita buat kuah kicap..
2. Panaskan 1 camca teh minyak masak, tumis bawang putih cincang hingga harum, masukkan sos tiram, kicap lemak manis dan lada sulah. Kacau rata dan tuang air. Masak dengan api kecil hingga pekat. Masukkan minyak bijan, kacau dan matikan api.
3. Keluarkan ikan dari kukusan. Buang halia dan bawang putih pada bahagian atas ikan. Buang juga air pada ikan yang terhasil masa proses mengukus tadi. Tuang kuah kicap atas ikan, pastikan kuahnya panas, kemudian tabur bahan2 hiasan atasnya, rata2. Biarkan sekejap dan boleh hidangkan segera bersama nasi panas..
— with Jan Ayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan