MASH POTATOES
==============
Bahan-bahan
------------------
Bahan A (Kentang putar) :
· 8 biji kentang (yang telah di basuh)
· 1 kotak kecil susu segar
· mentega (ikut agaran)
· Serbuk lada hitam dan lada sulah
Bahan B (Gravy / Kuah Kentang Putar) :
· 1 Biji bawang besar (ditumbuk )
· 2 Ulas bawang putih (ditumbuk)
· 2 Kiub pati ayam
· Serbuk lada hitam dan lada sulah
· 2 ½ Cawan air
· 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan air panas)
· 4 sudu mentega
Cara-caranya :
-------------------
Cara membuat Kentang Putar:
1. Kupas kentang dan potong mengikut saiz potongan yang sama
2. Masukan ke dalam periuk berisi air dan rebus sehingga kentang tersebut tenggelam. (Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit)
3. Sebaik sahaja kentang tersebut empuk, toskan air dan letakkan semula kentang ke dalam kuali untuk proses pengeringan kemudian tutup api dan biarkan seketika. Proses ini dilakukan supaya lebihan air dapat di keringkan
4. Gaulkan mentega ke dalam bekas tersebut dan gaul sehingga rata
5. Setelah itu, lenyekkan ia sehingga lumat
6. Akhir sekali, tuangkan susu sedikit demi sedikit dan lenyekkan sekali lagi agar susu dan kentang menjadi sebati. (tambahan susu akan membuatkan kentang terasa lebih lemak dan gebu)
Cara membuat Gravy / Kuah
1. Cairkan mentega dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah di tumbuk ke dalam kuali. Biarkan seketika sehingga menjadi keperangan.
2. Masukan bancuhan air tepung jagung ke dalam kuali tumisan dan gaul selama beberapa saat.
3. Kemudian, masukan 2 ½ cawan air dan kacau sehinga sebati.
4. Sebagai penambah rasa, masukan kiub ayam beserta dengan lada hitam dan lada sulah mengikut citarasa.
5. Kacau sehingga permukaan kuah menjadi rata dan tidak berketul.
6. Langkah terakhir, tuangkan kuah tersebut ke atas kentang putar yang tersedia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan