Ahad, 16 Ogos 2015

MURTABAK KRAKER

share dari link fb ~ Ketuk-Ketuk Ramadan 2015

MURTABAK KRAKER

Sila Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share like emoticon

Senang nak cari nanti grin emoticon

Bahan-Bahan:
• 18 keping biskut kraker (3 lapis)
• 1 cawan susu cair
• 6 biji telur
Untuk Lapisan Daging/Inti
• 200 gm daging kisar
• 3 biji bawang besar dicincang halus
• 1 paket kecil serbuk kari daging
• 2 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 2 biji ubi kentang – potong dadu
• 2 sudu cili kisar
• daun bawang daun sup dicincang
• 3 sudu besar minyak masak
• garam secukup rasa
• sedikit gula
Cara Masak Inti
1. Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah
kari dan cili kisar.

2. Panaskan minyak dan tumis pes tadi sehingga
garing dan naik baunya.
3. Masukkan bawang besar dan kentang yg
dipotong dadu serta daging cincang. Gaul sebati.
4. Tambahkan 1/4 cawan air dan masak sehingga
daging dan kentang empuk.
5. Masukkan garam, gula, daun bawang dan daun
sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
1. Sapu dulang pembakar dengar mentega/
minyak masak.
2. Rendamkan biskut kraker dalam campuran
susu dlm 1 minit je.

3. Susun biskut kraker yang telah dicelup tadi ke
dalam loyang.
4. Lapiskan dengan lapisan daging/inti tadi.
5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari
telur ke atas lapisan daging tadi. Taburkan daun
sup/daun bawang.
6. Susun lagi kraker atas lapisan daging dan telur
tadi.
7. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih
kurang tiga lapis.
8. Akhir sekali tuangkan baki susu dan telur
sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada
kadar 180C. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan