Rabu, 5 Ogos 2015

Cara membuat tauge di rmh panduan dari Wan Mazlah Wan Hasan - pakar perusahaan membuat tauge di rumah

 1) rendam kacang hijau 8 jam. 4 jam sekali tukar airnya.
 2) Guna kertas tisu di dapur. 
 3) sediakan tapis basahkan tisu dan ratakan di dalam tapis tersebut.
5) tutup kacang tadi dengan tisu basah.



 1/2 kg kacang hijau dapat 3 bekas ni, esok atau jumaat ni bolehlah sedekah kepada jiran2 tetangga! Ini masuk hari ke 3 

 Hari ke 3, tauge ini bercambah lagi panjang, cuma macam kurus sikit, mungkin kurang air atau letak kacang terlalu lebih di dalam bekas tu, atau sebb bonda hanya siram air sejuk sahaja.
Tauge ini semakin tinggi dan menolak kertas tisu itu, jadi kita kena beli bakul yang lebih tinggi saiz ketinggiannya supaya memudahkan anak-anak tauge itu naik bercambah dengan lebih selesa. 

Ya Allah! Sweetnya anak toge bonda hari ke satu, setelah 8 jam dok dlm tong hitam tu... tak sabar nak tengok lagi esok. 
grin emoticon
 ada tiga tingket semuanya..hihi tapi tak timbang dulu berapa gram bonda rendam semalam

Petang hari ke tiga dah boleh kutip.
Tu...dia! dapat satu besen penuh! dengan 1/2kg kacang hijau.
Lepas dibersihkan selaput...Bersih!
Lihatlah dia cantikkan?!
Lihat dia melekat kat tisu dapur. Senang je tanggalkannya.
Tengok toge nya dah panjang!
dapat 10 pek, untuk diagihkan kpd jiran tetanggan dgn berat setiap satu 200g. Nampak mudah, tetapi tidaklah sesenang yg disangka untuk membuat perusahaan tauge ini. keuntungannya lebihkurang membuat karipap atau kuih muih lain juga. kena jual banyak, barulah dapat untung yang lebih. Kepada sesiapa yg nak tahu keuntungannya, silalah PM, hihi 

Pulau Toge Dalam Lautan Budu; Jangan marah kawan2! sb tunjuk gambar tauge lagi. bukan apa teruja sangat first time buat toge menjadi pulak tu. kalau tak suka bolehlah unfriend. 
smile emoticon
Tak sabar nak makan tauge ni, sedap sangat! Masuk hari ke 2 dah kutip, hehe. Bertambah2 bonda makan nasi. jangan pulak salah faham, bukan bonda nak tunjuk yg bonda ni miskin hanya makan tauge dgn budu. tetapi lauk ini adalah yang paling sedap. Lebih sedap dari lauk2 lain yang ada di seantero dunia, hihi. Lauk ni dah lama benar bonda tak jamah.Letak sedikit tempoyak tu gaul dalam nasi panas, fuh!! nikmatnya... Tapi bonda tak ikut nafsu makan. bonda berhenti sebelum kenyang. Alhamdulillah... sendawa setelah ditolak air masuk ke perut. Tetapi sebentar kemudian, kepala bonda berdesing... ha... bonda kena darah tinggi! sebab budu tu masin. cepat2 bonda telan ubat. sekarang okey dah. nak berehat sekejap.

share dari link fb ~  Wan Mazlah Wan Hasan added 22 new photos to the album: 11/11/13~ Share!!~Perusahaan membuat tauge di rumah. (percubaan).
Share lah album ini Semoga bermanfaat buat semua~ kalau tak menjadi pun bersyukurlah jika boleh makan sendiri, buat sayur atau makan dgn budu!! sedap!!
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan