Selasa, 25 Ogos 2015

Resepi Ayam MANJA Goreng Korea

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

Resepi Ayam MANJA Goreng Korea 

Bahan-bahan tempatan. 
Bahan-bahan:

ayam 8 ketul
tepung gandum 1 cawan
tepung beras 1 cawan
bikarbonat soda 1 camca teh
sebiji telur
1 sudu kecil black pepper
3 ulas bawang putih
garam
madu/gula
cuka (jika ada)
sos tomato 4 sudu besar
serbuk cili/ cili kisar 2 sudu besar
bijan yang diigoreng tanpa minyak (aku ni tak de bijan)
minyak untuk deep fry

Cara membuatnya:

- campur tepung gandum,tepung beras dan bikarbonat soda dan gaulkan
- pukul telur bersama black pepper dan gaulkan ayam bersama telur
- kemudian golekkan ayam pada campuran tepung tadi
dan goreng hingga kuning keemasan
- kemudian buat sosnya pula
- tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar tadi hingga garing
- kemudian masukkan sos tomato, cuka, madu/gula, garam dan gaul rata
- jangan campur air supaya kerangupan ayam lebih tahan lama dan tidak berair
- kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos yang dimasak
- gaul rata hingga sos menyaluti seluruh ayam yang ada
dan tabur bijan

Sumber : Resepi Orang Kampung

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan