Rabu, 5 Ogos 2015

BBQ Kambing

 Daging kambing (lamb)
 Lada hitam dikisar kasar
 Sos cili
 Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.
 Lea perrins
 Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit.
 Bakar menggunakan arang
 Yummy... kejap jer licin..
siap untuk dimakan :D :P :P

BBQ Kambing
Sempena sebulan syawal ni.. mungkin ramai yang nak anjurkan Majlis Rumah Terbuka... mungkin ada yang rancang nak buat BBQ.
Resepi ni saya dapat dari abang saya Dr. G. Katanya resepi perapan daging yang dia buat memang dipuji rakan-rakannya.. Hmm.. memang pun.. terbukti sedap.., siap pesan dengan saya.. itu resepi dia.. nak patent kan.. haha. Tapi ya lah.. apa salahnya berkongsi resepi.. ya tak.. dia pun bukan bisness katering pun.. apa pun air tangan juga..kadang-kadang ikut resepi yang sama.. tapi rasa lain-lain.. Jom kita tengok resepi dari Dr. G ni..

Bahan:
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.



Bahan Perapan:

5 - 6 sudu besar Lada hitam 

1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)

1/2 cawan Sos Cili

1/2 cawan Sos tomato

1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins
Gula dan sedikit garam.
Cara:
Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.
Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.
Panggang menggunakan arang.

Nota:
Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat.
~ Selamat mencuba ~
Gantikan Sos di atas dengan RESEPI WORCHESTERSHIRE SOS (SEAKAN-AKAN RASANYA).

Sumber:Mamak Haji

BAHAN-BAHAN:

2 sudu besar (tbsp) minyak masak.1/2 cawan asam jawa (pekat).2 biji bawang Holland (kuning).2 sudu besar halia dicincang halus.2 sudu besar bawang putih dicincang halus.2 biji cili merah dicincang.1/4 cawan ikan sardin dlm tin yang dicincang.1/4 cawan pes tomato puri.2 kuntum bunga cengkih.2 sudu besar sebuk lada hitam (kasar).1/2 sirap gula jagung (corn syrup).1 cawan gula merah (yang warna kehitaman).3 cawan cuka.1 cawan stok daging atau minuman malta yang tidak beralkohol (JAKIM sahkan minuman malt dari Iran “barbican” halal dalam mesyuarat Jawatan-kuasa bersidang 16-18 Jan 2011).1/2 cawan jus oren.1 biji lemon dihiris halus.1 biji limau nipis dihiris halus.2 cawan air.

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. layukan hirisan bawang (dlm 5 minit). jangan sampai garing. Cara ini digelar saute.

2. Masukan air asam jawa ke dalam bawang yang sedang layu bersama dengan halia dan bawang putih cincang. Maak dalam apai sederhana kecil selam 5 minit. Masukkan sardin,puri tomato, bunga cengkih, dan semua bahan-bahan lain dan mendidihkan.

3. Bila larutan ini mula mendidih kecilkan api, “reneh” selama 3 jam untuk mendapatkan kepekatan. Seperti mamak haji terangkan “reneh” atau “simmering” ini ialah bila kita panaskan cuma gelombong udara (bubbles) yang halus cuma berada di atas cecair yang dipanaskan. Mendidih atau boiling pulak, terdapat gelombong udara yang banyak dan bersaiz besar diterbitkan dari bawah bekas yang dipanaskan. Ini perbedzaan diantara reneh dan mendidihkan (simmering and boiling). Dalam proses simmeing bekas perlu ditutup untuk mengkekal cecair yang dipanaskan tidak sejat dengan cepat. Reneh juga adalah untuk mengeluarkan semua zat dan inti pati dari bahan kita reneh. Orang kampung reneh “akar tongkat ali” untuk mendapatkan khasiatnya dengan kaedah ini.

4. Dalam proses ini anda boleh dapatkan lebih kuran 6 cawan sos yang berperisa sama seperti sos worchester yang asli dan yang pentingnya ia adalah halal yang ternyata.


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan