Rabu, 19 Ogos 2015

Menghancurkan Kanser Dengan Mukjizat al-Quran

share dari link fb ~ Mualij Kampar Akrine

Menghancurkan Kanser Dengan Mukjizat al-Quran

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du

Antara surah yang boleh digunakan untuk merawat kanser ialah Surah al-Fiil. Kaedah ini adalah hasil pengkongsian ustaz Raflis Sabirin yang telah berpengalaman merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan Surah al-Fiil.



أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ ١
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ ٢
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ ٣
تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ ٤
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ ٥


Maksudnya:


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)


Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)


Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukan-pasukan; (3)


Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)


Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)


Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur berkecai jika dilakukan dengan penuh yakin pada kekuasaan dan kehebatan Allah Azzawajalla.


Kaedah


- Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fiil (21 kali).


- Setiap kali baca Surah Al-Fiil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah doa dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fiil.


- Lakukan 21 kali bacaan dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.


- Sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti dalam usus, limpa, buah pinggang dan kepala, maka cara rawatannya sama seperti kaedah di atas. Cuma pesakit hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan memasukkan penawar ke dalam tubuh dan tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.


-Lakukan dengan penuh keyakinan, sabar dan meletakkan pengharapan hanya pada Allah.


"Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman." (Surah Al-Isra':82)


Wallaahu khairul musta'an...



Hakikat penyembuhan hanyalah daripada Allah Azzawajalla!!

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan