share dari link fb ~ Ahmad Fadhlan added 7 new photos — with Cendawan Tiram Kelabu and Nuzuliati Samsudin.
CARA-CARA MEMBUAT BAJA PEMANIS (AWAS KEPADA PENGHIDAP KENCING MANIS)
Baja semburan ini boleh meningkatkan kemanisan buah seperti mangga,betik,belimbing,nenas,melon,tembikai dan sebagainya.Berikut adalah cara-cara membuatnya.
1.Sediakan bekas air plastik 10 liter yang berisi air tanpa klorin sebanyak 8 liter.Saya guna air sungai.Gula merah 500 gram dan ragi sebiji.
2.Masak gula merah dengan sedikit air sehingga cair dan dinginkan.
3.Potong 2 ragi
4.Ambil sebelah potongan ragi.Hancurkan dan masukkan kedalam botol/bekas.
5.Tuang gula merah cair tadi kedalam botol.
6.Tutup rapat.
7.Labelkan tarikh membuat
8.Simpan ditempat gelap dan tidak terkena cahaya mentari.
Semasa pemeraman perhatikan bekas.Jika mengembung bukakan penutup perlahan-lahan untuk melepaskan gas yang terhasil.Selepas seminggu sudah boleh digunakan.Lebih dari sebulan adalah lebih baik.Guna sebanyak 25-50 ml untuk 10 liter air.Boleh dicampur dengan racun serangga dan kulat kimia.Sembur awal pagi dan lewat petang.Sembur keseluruhan pokok termasuk pangkalnya.Guna dari peringkat pembungaan sehingga berbuah.Sembur selang seminggu.Lebih kerap lebih manis buahnya nanti.Air bancuhan baja ini boleh juga terus dituang kepangkal pokok.
SAYA IZINKAN UNTUK SHARE
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan