Khamis, 20 Ogos 2015

HAK IBU BAPA MERTUA YANG SERING DI SALAH TAFSIR OLEH MASYARAKAT.

share dari link fb ~ HHH Photography

HAK IBU BAPA MERTUA YANG SERING DI SALAH TAFSIR OLEH MASYARAKAT.

Umum mengetahui bahawa lelaki/suami perlulah melebihi kedua ibu bapanya dahulu berbanding isteri. Tetapi serigkali hal ini juga di salah anggap sehinggakan menyangka bahawa perlu melebihkan ibu bapa sehingga terabai nafkah isteri dan anak-anak sendiri. Wajib mendahulukan ibu bapa sendiri, tapi dalam bab nafkah pula wajib mendahulukan diri sendiri, kemudian isteri dan anak-anak seterusnya kepada bapa dan ibu.

Dan, seringkali juga masyarakat menyalahgunakan hukum dengan mengongkong isteri dari pulang ke rumah ibu bapanya sendiri, ataupun melarang isteri berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri. Dan terkadang sang suami itu menyakitkan hati ibu bapa mertuanya.

HHH bukanlah seorang agamawan. Tetapi HHH juga ada menghadiri banyak seminar perkahwinan, seminar baitul muslim dan juga program ilmu.
Antara ilmu dan info yang kami peroleh adalah..
Tahap kedua ibu bapa mertua itu adalah sama seperti ibu bapa sendiri bagi suami.

Jika si suami menyakiti hati hati kedua ibu bapa mertua, menyebabkan mereka berkecil hati.. hukumnya sama sahaja seperti dia menyakiti hati ibu bapa sendiri.

Suami bukanlah mempunyai kuasa veto untuk menghalang isteri bertemu keluarganya. Malah jika tindakan tersebut menyebabkan kedua ibu bapa mertuanya terasa dan berkecil hati, si suami akan menangung dosa yang sama seperti dia menyakiti hati ibu bapa sendiri.

Janganlah mengunakan kuasa veto atau dalil agama secara membuta tuli untuk membenarkan tindakan anda. Islam ini adil. Walaupun telah berkahwin, hubungan seorang anak perempuan tidak akan terputus dengan kedua ibu bapanya..

Kita terlalu pandai mengunakan dalil agama, tapi kita tidak pernah faham apa maksud di sebalik dalil tersebut.

Binalah sebuah rumah tangga yang harmoni, adil, penuh kasih sayang antara suami, isteri, anak-anak dan juga keluarga mertua serta keluarga ibu bapa, serta sentiasa penuhkan ilmu di dada dan merujuk kepada yang lebih arif berkenaan agama..
😊
Semoga, lelaki yang membaca ini menjadi seorang suami yang soleh dan bertanggungjawab.
Dan semoga perempuan dan isteri yang membaca ini juga menjadi isteri yang solehah.
*****
Perkongsian kasih sayang ini di bawakn oleh HHH PHOTOGRAPHY, shariah compliance wedding photography 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan