Rabu, 8 April 2015

ADAKAH ORANG LAIN FIKIR SAMA MACAM KITA FIKIRKAN?

share dari link fb ~Datuk Dr Maznah Hamid

ADAKAH ORANG LAIN FIKIR SAMA MACAM KITA FIKIRKAN?

Ini salah satu perangkap yang amat lumrah terkena kepada hampir kebanyakan orang termasuklah diri kita sendiri. Akibat dari mengandaikan orang lain tentu fikir macam kita, maka kita anggap tentu orang lain faham maksud atau apa yang cuba dilakukan. 

Kita tidak cuba memahami dan berikan penerangan pada mereka terlebih dahulu. Bila orang buat lagu lain, maka kita terasa hati dan merajuk lalu bawa diri. 

Hakikatnya, dua orang sentiasa punya 2 pemikiran dan pemahaman yang berbeza. Pemahaman biasanya dipandu oleh pengalaman hidup yang dilalui. Masing-masing daripada kita punya pengalaman dan perjalanan hidup yang berlainan.

Oleh itu, jangan sesekali buat andaian sebelum dipastikan dengan bertanya terlebih dahulu. Dan jangan pula marah pada orang yang bertanyakan pada kita sesuatu untuk minta kepastian walaupun kita rasa itu adalah terlalu mudah atau ‘common sense’.

Perkara ini amat penting untuk difahami. Jangan anggap idea/pandangan yang kita suka, semua orang lain juga akan suka. Buat kajian, buat bancian. Gunakan fakta statistik dan bukannya ikut rasa emosi.

Belajar menghormati pandangan orang lain boleh berlaku kalau kita menerima hakikat bahawa pemikiran orang adalah tidak sama.

Bila kita hormat pandangan orang lain, kita akan harapkan agar orang lain juga menghormati pandangan kita. Tetapi kalau orang tak hormati pandangan kita, tak perlulah buang masa bergaduh dan saling sakit menyakiti hati dan perasaan orang lain.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan