Rabu, 8 April 2015

Seorang sami umur 66 tahun memeluk Islam semalam Isnin 6 April baru ini. . Setelah 30 tahun mendalami agama.

share dari link fb ~Ebit Lew

Segala puji bagi Allah. Seorang sami umur 66 tahun memeluk Islam semalam Isnin 6 April baru ini. Setelah 30 tahun mendalami agama. Asalnya seorang sami di Malaysia selama beberapa tahun. Kemudian berhijrah ke Taiwan selama 18 tahun. Dia belajar dan membuat perbandingan agama. Mengkaji sains, logik, dan pelbagai kitab. Akhirnya dia kembali ke Malaysia dan menjadi sami bertaraf tinggi lebih 10 tahun. Satu hari dia mendengar penerangan di radio ikim.fm oleh seorang ustaz mengenai iman dan nilai mengenal Allah hatinya merasai kebenaran Islam.. Dia memilih untuk memeluk Islam di Masjid Cina Melaka bersama Macma. Terima kasih Allah. Pasti ini menggembirakan hati Nabi saw. Ini kegembiraan orang Islam. Jom sujud syukur.

Betapa kasih sayang Allah. Puluhan tahun berlalu, sekali dia mengucap syahadah, Allah sudi maafkan semua dosanya. Dia seperti bayi baru lahir. Ya Allah semua orang baik dalam dunia ini. Kita adalah dari sebuah keluarga besar dari datuk yang sama Adam as. Maafkanlah diriku kerana kurang dakwah dan tiada akhlak yang baik orang tidak dapat faham Islam. 

Di zaman Islam gemilang, ramai orang datang ke Madinah duduk 3 hari akan memeluk Islam. Mereka diberi layanan paling baik. Setiap orang Islam memberi khidmat kerana Allah. Mereka diberi layanan mengalahkan hotel paling mahal dalam dunia hari ni pun. Kerana mereka buat semua kebaikan dengan merasa Allah melihat. 

Saya ingat lagi perkara pertama saya belajar bila orang masuk Islam ialah kita berikan hadiah apa sahaja. Ucapkan tahniah dan bantu segala urusan mereka. Dakap mereka dengan kasih sayang. Bukan tanya dah sunat ke belum? Dah tukar nama ke belum?Dah tu macam mana ni? Mudahkan mereka dan bantu mereka.-ebit lew

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan