Selasa, 7 April 2015

Resepi Lasagna Mudah

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Resepi Lasagna Mudah

Bahan-Bahan:

Kulit pasta -

Ikut saiz loyang. Loyang kecil perlukan 4 keping kulit pasta sahaja. Celurkan dalam air mendidih yang telah diletak minyak dan garam.

Inti Daging -

Daging kisar sepaket
Olive oil/Minyak Zaiton
1/2 biji bawang besar
1 tin sos prego tradisional tomato
Sedikit capsicum dan lada bsr – hijau, merah, kuning
1 tin cendawan butang
Serbuk oregano dan italian herbs
sedikit garam

Sos Putih -

500 ml susu segar
1/3 drpd kotak cheddar cheese
2 sudu bsr tepung
2 sudu makan butter
Sedikit garam

Cara Memasak:

1. Sediakan inti daging. Tumis macam biasa macam buat sos spaghetti.

2. Sediakan sos putih dan cairkan butter. Masukkan tepung, gaulkan dan masukkan susu dan keju.

Cara Sediakan Lasagna -

1. Oles loyang dengan butter supaya tak melekat pasta.

2. Lapisan bawah skali letak kulit pasta diikuti dengan inti daging, kemudian sos putih.

3. Atas sos putih tabur Mozarella Cheese. Ulang balik, kulit, inti, sos putih, mozarella.

4. Akhir sekali masukkan dalam oven dengan suhu 180 degree selama 40 minit atau sampai masak.

5. Siap untuk dihidangkan.

.
Kredit : Resepi Bonda
LIKE & SHARE
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan