Isnin, 6 April 2015

MURTABAK AYAM

share dari link fb ~Kongsi Kongsi Resepi

MURTABAK AYAM

BAHAN BAHAN:

BAHAN DOH:
500 gm tepung gandum
5 gm garam
5 gm gula
250 ml air panas
1 sudu teh bahan perasa 1 biji telur
Sedikit minyak sapi atau minyak masak

BAHAN INTI:
150gm daging ayam cincang
4 sudu makan serbuk kari | dibancuh dengan sedikit air
2 biji telur
½ sudu teh halba campuran
1 labu bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah
2cm halia
100ml air

CARA MEMASAK:
1. Untuk doh, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar dan uli sehingga sebati. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan biarkan seketika. 
2. Untuk inti, tumis bawang merah, halba campuran dan halia hingga wangi. Selepas itu, masukkan bancuhan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ayam cincang dan kacau sebentar. Selepas itu masukkan air dan masak hingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam dan ketepikan.
4. Setelah itu, di dalam sebuah bekas, masukkan telur, empat sudu makan kari ayam cincang tadi dan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sebati.
5. Canai doh martabak hingga nipis, kemudian, di atas kuali rata letakkan sedikit minyak dan letakkan doh martabak tadi.
6. Kemudian, letakkan tiga sudu makan adunan kari ayam dan telur tadi ke atas doh martabak.
7. Lipat bahagian sisi doh martabak dengan kemas sehingga menjadi empat segi.
8. Alihkan bahagian martabak dan masak sehingga sedikit garing.
9. Sedia dinikmati.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan