Ahad, 2 Ogos 2015

Orang yang Berakal

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin


Orang yang Berakal; "Bagi mereka yang mengguna akal untuk memahami dan bertafakur. Tidak semua orang menggunakan akal untuk fungsinya yang sebenar. Adapun yang tidak menghargai fungsi akal menggunakan merosakkan akal yang waras dengan minum arak, atau ambil dadah umpamanya."


"Dia itu adalah lebih tidak waras daripada orang yang ‘original’ tidak waras. Sebab apa? Orang yang tidak waras tak tahu apa yang dia buat. Orang yang ada akal tapi membuat perkara yang tidak waras adalah lebih tidak waras daripada orang yang tidak waras. Dia lebih gila dari orang gila, sebab dirinya ada akal tapi masih melakukan perkara yang merosakkan akal."


"Oleh kerana itu, gunakan akal untuk memahami memahami rahsia keagungan Allah سبحانه وتعالى. Apa beza manusia dengan bukan manusia daripada kalangan haiwan? Akal!"


"Dalam hal lain ada banyak kemiripan dengan mahkluk Allah سبحانه وتعالى yang lain contohnya nafsu, makan, minum tidur, tetapi yang membezakan antara semua makhluk ialah akal. Orang yang tidak menggunakan akal perumpamaannya lebih hina daripada haiwan yang tak berakal."


"Maksud firman Allah سبحانه وتعالى; “Kami sudah penuhkan neraka dengan ramai daripada jin dan manusia. Mereka punya hati tapi tak nak faham, mereka punya mata tapi mereka tak tengok, mereka punya telinga tapi tak mahu mendengar, bukan tuli, bukan buta, dan bukan hatinya tidak waras."


"Semuanya lengkap Allah سبحانه وتعالى bagi tapi tak mahu melihat, mendengar atau memahami. Fungsi penglihatan tidak digunakandengan betul untuk melihat sesuatu yang mengingatkan kepada Allah سبحانه وتعالى."


"Fungsi pendengaran tidak digunakan dengan betul untuk mendengar sesuatu yang mengingatkan kepada Allah سبحانه وتعالى. Pemahaman yang diberikan dalam hati tak digunakan untuk memahami rahsia ciptaan Allah سبحانه وتعالى dan mengenal kepada Allah سبحانه وتعالى."


“Mereka itu sama macam binatang ternak, bahkan lebih hina, lebih sesat daripada binatang ternak. Perumpamannya ialah lebih hina, bukannya sama. Kenapa? Sebab haiwan ternak memang tak berakal. Oleh yang demikian, berapa ramai orang yang diberi akal berjalan di atas bumi. Nampaknya macam manusia tapi kedudukan lebih hina dari haiwan di sisi Allah سبحانه وتعالى, Wal iya zu billah. Maka, gunakan akal untuk bertafakur, dan berfikir untuk hal-hal positif. Kerana hakikatnya akal ini diberi pinjam oleh Allah سبحانه وتعالى."


"Siapakah orang yang berakal? Mereka ialah orang yang berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى ketika berdiri, duduk, dan baring. Keadaan tiga simbol ini kepada setiap keadaan, dan tidak terhad kepada tiga posisi ini sahaja, contohnya orang yang membongkok. Keadaan tiga ini simbol bahwasanya setiap saat orang berakal sentiasa ingat pada Allah سبحانه وتعالى."


"Ada dua tafsiran makna perkataan 'yazkurunallah, yakni ‘mereka alah orang-orang yang berzikir. Antara ciri-ciri orang yang berakal ialah Orang yang berzikir. Dan orang yang berzikir itu solat kerana firman Allah سبحانه وتعالى dalam Al-Quran nul Kareem yang bermaksud; “Tunaikan solat untuk ingat aku.”


"Dan antara Zikir yang dimaksudkan ialah zikir-zikir yang warid dan juga tujuan daripada zikir itu dijadikannya zikir. Contohnya: tasbih, tahlil, tahmid, takbir, Quran dan semuanya zikir. Jenis zikir ada banyak tapi objektifnya satu iaitu mengingati yang disebut. Bila sebut ‘Subhanallah’, seseorang akan ingat kepada kesucian Allah. Bila sebut ‘La ila ha illallah’, seseorang akan ingat kepada Ketuhanan Allah."


"Bila sebut ‘Allahu Akbar’, seseorang akan ingat kepada Kebesaran dan Keagungan Allah سبحانه وتعالى dan seterusnya. Maka, orang-orang yang berakal ialah orang yang menjaga solat dan zikirnya, iaitu zikir lisan, dan zikir dalam hati. Apa bezanya zikir lisan dan zikir dalam hati? Zikir lisan ialah apa yang disebut, dan zikir hati ialah penghayatan di hati dan tafakur dengan apa yang dizikirkan dengan lisan."




Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan