Isnin, 6 April 2015

AYAM PENYET

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

AYAM PENYET

Bahan-bahan untuk ayam :
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan-bahan dikisar :
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara menyediakan :
Masukkan kesemua bahan dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Bahan-bahan untuk sambal :
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara menyediakan :
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan